Headlines News :

IKLAN B

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Hamid dedah Hamzah mahu guna Cawangan Khas untuk kepentingan politik

 


Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan kisah di sebalik dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis.

Hamid dipetik MalaysiaGazette mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri itu untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik Hamzah, menyebabkan Cawangan Khas tidak senang dengan tindak tanduk menteri berkenaan yang dirujuknya sebagai "MDN" (Menteri Dalam Negeri).

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” Hamid dipetik sebagai berkata.

Hamzah sebelum ini mengaku adalah individu dalam rakaman audio yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

Hamid, menurut laporan itu mendakwa Cawangan Khas telah menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, Muhyiddin bersetuju agar Jabatan Cawangan Khas (JCK) tidak boleh terlibat dalam kerja-kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah.

Selepas itu katanya, Hamzah cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Hamid.

Hamid berkata, isu tersebut turut dibawa kepada pengetahuan Muhyiddin sebelum pengarah Cawangan Khas Bukit Aman diarahkan untuk terus berkhidmat.

Mohamed Farid Abu Hassan merupakan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan dilantik memegang jawatan itu pada Jun 2019.

Hamid bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam dan tempatnya digantikan oleh timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam kenyatannya semalam, Hamid berikrar akan terus berjuang dengan pasukan polis "dengan caranya sendiri" meskipun telah bersara. 

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan respons.

Pekan Padang Besar kembali meriah sepanjang Ramadan


PADANG BESAR:
Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand kembali meraih, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.
 
Tinjauan Bernama mendapati bahawa kedai, kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dan penutupan pintu sempadan pada Mac tahun lalu,
 
Salah seorang pengunjung Mohamad Faiz Aiman Mohd Zaimi, 23, berkata, beliau selesa membeli-belah di pekan ini kerana terdapat pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.
 
"Saya datang ke sini (Padang Besar) bagi membeli beras pulut, untuk dijadikan sebagai ketupat sebagai hidangan wajib pada 1 Syawal nanti, kerana beras pulut Thailand di sini wangi dan bermutu tinggi," kata mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs) itu kepada Bernama baru-baru ini.
 
Turut berkongsi pendapat, Hashimah Ismail, 54, berkata beliau datang ke sini bagi membeli makanan ringgan seperti kerepek, kacang dan keropok, untuk dijadikan menu sampingan untuk saudara-mara, rakan dan jiran datang beraya di rumah.
 
"Saya mempunyai keluarga yang besar...jika beli biskut raya kosnya adalah tinggi, jadi saya memilih untuk membeli makanan ringgan dari negara jiran (Thailand), kerana ia jauh lebih murah dan sedap," kata suri rumah itu.
 
Sementara itu, seorang peniaga Hamidah Abdullah, 65, berkata beliau telah berniaga di kompleks Padang Waremart Padang Besar sejak 36 tahun lalu.
 
"Alhamdulillah setelah hampir setahun sepi, orang ramai kembali berkunjung ke sini dan hasil jualan mula meningkat dua kali ganda, berbanding sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA

 

Bot karam akibat ribut, dua nelayan hilang

 


LUMUT:
Dua nelayan warga Myanmar dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis di sini pada Selasa.

Mangsa yang bekerja di atas bot nelayan tempatan itu disedari hilang selepas majikan gagal menghubungi mereka kira-kira jam 8.30 malam sebelum melaporkan kepada polis.
 
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan selepas menerima laporan tersebut pada jam 12.35 tengah malam.

COVID-19: Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini


KUALA LUMPUR:
Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang.

 Ia bakal melibatkan pemberian 268,000 dos vaksin AstraZeneca kepada penerima.
 
Pemerhatian Astro AWANI di PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) mendapati kira-kira 200 penerima mula menunggu di hadapan pintu masuk seawal jam 8 pagi.
 
Tepat jam 9.10 pagi, penerima dibenarkan memasuki PPV mengikut jadual yang ditetapkan.
 
Pergerakan setiap penerima dipantau anggota keselamatan dan petugas WTC bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Setiap penerima perlu menunjukkan pendaftaran vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera sebelum saringan suhu dibuat.
 
Mereka kemudiannya akan mendapatkan konsultasi mengenai tahap kesihatan dan alahan ubat sebelum vaksin diberikan.
 
Selepas selesai menerima vaksin, penerima akan ditempatkan di ruangan khas untuk dipantau di antara 30 hingga 45 minit sebelum dibenarkan pulang.
 
Kira-kira 1,200 hingga 2,400 dos vaksin AstraZeneca akan diberikan kepada penerima di WTC dengan jumlah keseluruhan 175,000 dos bermula hari ini hingga 5 Jun depan.

Najib jangan selindung belakang Umno, kata Khairy

NAJIB Razak tidak harus menjadikan Umno sebagai perisai untuk melindungi diri daripada persepsi ke atas kes yang dibicarakan di mahkamah, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bekas ketua Pemuda parti itu berkata Barisan Nasional tidak harusnya terbeban dengan pelantikan Najib mengetuai majlis penasihat parti kerana kes dihadapi bekas perdana menteri itu cukup besar.
“Oleh kerana persepsi terlalu hebat, tuduhan bukan ringan, bukan kecil, bukan bersifat peribadi tapi tuduhan jenayah besar.

“Jangan gunakan parti sebagai perisai untuk diri sendiri. Jutaan ahli Umno tidak berdosa,” katanya, kepada anggota Umno Bahagian Padang Rengas, di Kuala Kangsar hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memohon maaf kepada perwakilan kerana beliau juga merupakan sebahagian daripada anggota Kabinet Najib selaku menteri belia dan sukan waktu itu.
“Saya menteri, saya tanggung sedikit sebanyak kesalahan, saya mohon maaf, tapi jangan hukum ahli tidak berdosa dan bersalah.

“Sebab itu saya kurang gembira. Kita nak berubah. Kita tak mahu jadi parti ‘yes man’,” kata Khairy.
Beliau berkata, penentangannya terhadap pelantikan itu bukan bermakna membenci Najib secara peribadi.

Sebaliknya, ia untuk membuktikan Umno merupakan parti yang mempunyai “nili kompas” atau integriti yang tinggi kerana bekerjasama dengan PAS.

“Bukan saya tidak hormat Najib, beliau yang lantik saya jadi menteri, sudah tentu saya terhutang budi kepada beliau, bukan Najib tiada jasa kepada Malaysia, cukup banyak.

“Bila mana kita nak tunjuk kepada parti rakan kita, PAS, Umno adalah parti yang ada nilai, prinsip, integriti kita kena bawa perubahan kepada Umno, bukan kita lupa pimpinan lama,” kata Khairy lagi.
Semangat itu katanya pernah wujud dalam Umno menyebabkan mereka disokong rakyat segenap lapisan, namun ianya semakin pudar.

“Rakyat sokong bukan hanya kerana kita tolong mereka tapi kerana kita ada integriti, prinsip, dan nilai. Bukan parti lihat kekayaan, kemajuan material, parti tokoh korporat.

“Memang betul Umno ditubuhkan di istana, dipimpin bangsawan. Tapi asasnya adalah orang marhaen, nelayan, petani, cikgu, dan ketua kampung.

“Semangat itu sudah hilang. Semangat Umno bersama rakyat sudah hilang. Kembalikam semangat asal Umno,” katanya.

Khairy juga menafikan beliau dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menjadi pak turut seperti didakwa Najib sewaktu dalam Kabinet.

Katanya mereka memberi banyak teguran Najib mengenai skandal 1MDB sewaktu dalam Kabinet tetapi tidak diendahkan bekas perdana menteri itu.

“Najib kata dulu saya ‘yes boss’, sekarang tak setuju, bukan sekali dua Nazri dan saya tegur dalam jemaah menteri.

“Saya  jumpa empat mata dengan Najib, beritahu dia kalau isu 1MDB tak selesai, tak heret Jho Low akan beri kesan kepada parti. Ramai lagi cakap tapi tak dipedulikan,” kata Khairy.

Katanya, beliau juga mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mudah hanyut dengan pak turut dan menerima sebarang teguran yang diberikan.

“Saya harap Zahid yang sah dipilih sebagai pemimpin kembali bertugas, jangan ulang kesilapan lepas.

“Bila ada teguran jangan diketepikan, bila ada ayat ‘yes bos’ itu jadi halwa telinga. Kalau itu budaya dalam Umno, Pilihan Raya Umum ke-15 tidak ada harapan untuk kita kembali memerintah,” katanya.
Dalam ucapan sewaktu merasmikan mesyuarat bahagian Umno itu, Khairy turut menegaskan tidak akan meninggalkan parti walaupun tidak sependapat dengan pemimpin.

“Walaupun mulut kita (umpama) laser, dalam badan ini Umno darah dagingnya, kepada pimpinan parti.

“Kami tidak ada jawatan tapi bukan pengkhianat yang akan seberang parti sertai Pakatan Harapan (PH) kami cakap untuk kebaikan parti. Kita tak mahu budaya lama berulang,” tambahnya.

Kenyataan itu menjawan kecaman Najib semalam yang menyifatkan beliau dan Nazri sebagai golongan “yes man” kerana hanya menyokong sewaktu dalam kerajaan.

Najib menyatakan demikian ekoran kenyataan Khairy dan Nazri yang menolak pelantikannya sebagai pengerusi majlis penasihat BN. –

Menanti masa Umno jatuh sendiri

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah menyifatkan Umno tidak kuat lagi sekarang dan dibiarkan parti itu jatuh sendiri.

“Umno sudah lemah untuk dibantai. Kalau sudah tidak kuat lagi tidak perlu dilawan seperti dahulu.
“Sekarang dah tak kuat lagi, tak perlulah kita lawan sangat,” katanya selepas majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman projek kredit karbon di antara kerajaan negeri dan Climate Protectors Sdn Bhd Isnin lepas.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sebelum ini PAS melawan Umno kerana parti itu masih kuat.

Bagaimanapun beliau berkata, PAS tetap akan berdepan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Menurutnya, Umno tetap menjadi musuh politik PAS biarpun ada ketikanya parti itu berharap untuk menjalin kerjasama dengan PAS. Menyentuh kenyataan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan tajaan haji oleh 1MDB, katanya biarlah mufti yang menjawabnya.

Beliau bagaimanapun berkata, Dr Mahathir masih mengamalkan sikapnya yang gemar mengulas berkaitan apa sahaja.

“Itulah sikap Tun sejak dulu sampai sekarang, yang dia tak faham pun dia akan mengulas,” katanya.

Pelik Isa Samad kekal Pengerusi FGV

PELANTIKAN Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru mengesahkan ada kepincangan yang sangat besar melanda Felda.

Kebiasaannya lantikan dibuat sebelum memasuki tahun baru jika pengerusi yang lama tidak disambung perkhidmatannya yang tamat 31 Disember 2016.

Bila perlantikan ini diumumkan melepasi minggu pertama awal tahun baru, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.

“Lagi pelik dan menghairankan apabila Tan Sri Isa Samad masih lagi dikekalkan menerajui FGV ketika desakan penyingkiran beliau sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Seolah ada sesuatu kepentingan yang tidak akan dilepaskan Isa sehingga agenda peribadi beliau berjaya disempurnakan.

Tan Sri Shahril juga akan menghadapi jalan sukar untuk memastikan FGV mampu memberi pulangan dan kebaikan kepada Felda selagi Tan Sri Isa masih menduduki kerusi Pengerusi FGV.

Apa yang Tan Sri Shahrir boleh stukturkan han tetapi FGV tidak a leh dibuat, bahkan pertembungan p an akan terjadi.”

Harus tinggalkan rumah jika suami ganas - mufti

Perlis mengeluarkan fatwa yang membenarkan seseorang isteri untuk meninggalkan rumah yang didiami bersama suami sekiranya merasakan dirinya berada di dalam bahaya.

Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tujuan fatwa berkenaan dibuat untuk mengelakkan kezaliman berlaku terhadap wanita dan isteri.

Ini kerana, menurutnya, ramai isteri membiarkan diri mereka dizalimi atas alasan agama walaupun dalam bahaya.

"Jika isteri pada anggapan kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf syarak, tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami.

"Ini setelah isteri benar-benar mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar meninggalkan rumah suami.

"Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Dr Mohd Asri berkata, pada asalnya isteri tidak boleh keluar rumah iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri yang disediakan melainkan dengan izin suami.

Katanya, keizinan suami diperlukan untuk keluar daripada rumah kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua keluarga yang mana isteri merupakan tanggungwabnya.

"Jika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan suami, tentulah peraturan rumah tangga tidak akan wujud dan pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam erti kata yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika ditanya apakah situasi bahaya yang membenarkan isteri meninggalkan rumah, berkata antaranya ialah jika suami adalah kaki pukul atau terlibat dengan dadah.

"Suami kaki pukul, terlibat dengan dadah, terlibat dengan along sehingga membahayakan isteri, ada penyakit kelamin yang bahaya seperti aids dan seumpamanya," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.

JKM: Wanita kononnya berpura buta adalah pemegang kad OKU

Wanita menjual tisu yang kisahnya menjadi tular di laman sosial yang kononnya berpura-pura buta, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.

Manayi berkata, wanita berkenaan hadir bersama-sama dua daripada lima anaknya ke pejabat JKM pada pukul 10 pagi semalam.

"Dalam pertemuan itu, wanita itu dan anak-anaknya memberitahu JKM bahawa mereka kecewa dengan penyebaran gambar berkenaan di laman sosial," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kisah wanita itu menjadi tular di laman sosial berikutan dia didakwa berpura-pura buta dan menjual tisu.

Manayi berkata JKM turut menasihatkan wanita itu mencari pekerjaan sesuai agar tidak mengundang perspektif serong masyarakat, selain meminta memperbaharui kad OKU berikutan kad yang ada pada simpanannya adalah kad lama.

Mengulas mengenai video yang menunjukkan dia mendeposit wang berjumlah RM14,000 di kaunter bank, Manayi berkata wanita itu memberitahu duit berkenaan adalah milik rakan-rakan peniaga tisu lain yang diserahkan kepadanya untuk disimpan di bank.
- Bernama

TG Abdul Hadi tegas pertahan kepentingan dunia Islam

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada Majma’ Taqrib’yang ditubuhkan dalam tahun 1980, lapor Buletin Online.

Beliau berkata demikian kepada media apabila ditanya tentang kedudukan dalam KUIS dan pemergian ke Iran, selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, hari ini.
"Saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran,” jelasnya yang juga Naib Ketua KUIS.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Pemuda PAS saran modul BTN ditambah baik

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan pihak Biro Tatanegara (BTN) mengkaji cadangan penambahbaikan yang diusulkan pihaknya untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, perkongsian tersebut bersifat solusi bersama demi memastikan impian mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, bukan sekadar omongan kosong semata-mata.

"BTN berperanan dalam memperkasakan jati diri setiap warganegara Malaysia terutama dari kalangan bukan Melayu dan beragama Islam. Penggunaan Bahasa Melayu harus diperkukuhkan dalam semua institusi kerajaan mahupun swasta, bertepatan dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

"Semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda juga harus dipupuk serta diterapkan manakala kefahaman tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan harus diperjelaskan," ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi usai pertemuan dua hala yang telah berlangsung di Ibu Pejabat BTN Wilayah Persekutuan, Jalan Bellamy tanggal 19 Disember yang lalu.

Menurut beliau, DPPM melihat berlakunya beberapa perkara yang perlu dinilai bersama dalam memanfaatkan lagi fungsi BTN terhadap perkara berkaitan dengan semangat patriotik.

Migration Survey Report Malaysia melaporkan dalam tahun 2015 seramai 916,8640 orang rakyat Malaysia telah berpindah ke luar negara disebabkan isu suasana di Malaysia dan peluang pekerjaan lebih baik.

"Pendedahan statistik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyatakan bahawa seramai 604 orang peserta kaum India dan Cina langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

"Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Teo Kok Seong melalui kajiannya pula mendapati seramai 14,000 orang pelatih daripada 79 buah kem PLKN pada tahun 2010 tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Malah statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 853 laporan daripada 33 kes membabitkan isu sensitiviti perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2014 di seluruh negara," jelas Ustaz Muhammad Khalil.

Sehubungan dengan itu kata beliau, setiap latihan, seminar dan modul bina diri BTN harus ditambahnilai dengan menerapkan nilai serta kefahaman Islam terutamanya untuk para peserta beragama Islam.

Malah pemerkasaan setiap program BTN dengan elemen kebudayaan juga sejarah untuk generasi muda serta proses merapatkan jurang di antara kaum dari sudut budaya, ekonomi dan struktur masyarakat.

"Keseimbangan jurang sosio-budaya di antara penduduk bandar juga luar bandar terutamanya dari segi pelajaran dan ekonomi diharap dapat melahirkan anak-anak muda yang berjiwa patriotik yang mencintai tanah air dan mendukung nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan kehendak agama, budaya serta aspirasi negara.

Kata beliau, ini kerana ketidakseimbangan sosio-ekonomi dan struktur masyarakat di kalangan Bumiputera mencatatkan tahap rendah berbanding dengan golongan bukan Bumiputera.

Tambahnya, pertikaian terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan juga telah mula dicabar bukan hanya di kalangan bukan Bumiputera, malah di kalangan mereka yang beragama Islam itu sendiri.

Mutakhir ini sikap anak muda dilihat semakin lantang mengkritik dan mempamerkan emosi kebencian terhadap dasar kerajaan di laman sosial tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

"Pendedahan yang dibuat oleh sebilangan peserta program latihan anjuran BTN menyaksikan beberapa insiden memburukkan beberapa individu yang tidak sealiran dengan pihak kerajaan dan dilihat sebagai pengkhianat dalam negara termasuklah di kalangan kepimpinan PAS itu sendiri.

"Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar pertemuan ini menjadi suatu permulaan kepada Budaya Politik Matang  dan Sejahtera (BPMS) kepada agensi penting seperti BTN dalam membawa kesejahteraan untuk rakyat Malaysia," seru beliau. –

Tolak undang-undang tahan tanpa bicara

Oleh NYZA AYOB 

KUALA LUMPUR: PAS tidak menyokong sebarang kegiatan pengganas khasnya militan Islam State (IS), namun dalam masa yang sama pakatan juga menolak undang- undang yang bersifat menahan tanpa bicara.

Ketua Whip Parlimen PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, undang-undang tanpa bicara yang menjadi roh kepada Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 hanya akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa yang dilakukan pihak kerajaan.

Dalam masa yang sama, Mahfuz berkata, senaraisenarai kumpulan pengganas yang disenaraikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga akan disenaraikan kerajaan Malaysia.

“Sekarang ini kita difahamkan Amerika sedang mendesak untuk PBB memasukkan satu lagi senarai sebagaimana kumpulan Hamas, bukan kumpulan yang bersifat keganasan.

“Begitu juga dengan pejuang kemerdekaan. Apabila pejuang kemerdekaan dianggap pengganas, bermakna apabila ada mana-mana pihak di Malaysia menyatakan sokongan kepada Hamas, itu juga dilihat sebagai satu keganasan menyokong kumpulan pengganas,” katanya sewaktu ditemui di lobi Parlimen pada 6 April lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan apabila kerajaan mudah melabel seseorang pengganas dan membuat tangkapan, ia amat bertentangan dengan hak masyarakat dunia untuk hidup aman damai dalam negara yang didiami.

Pakatan Rakyat membantah POTA kerana undang- undang tersebut mirip Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan sebelum ini.

POTA diluluskan kirakira jam 2.45 pagi 7 April walaupun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan pembangkang bangkit menyatakan bantahan dan mengambil bahagian dalam perbahasan POTA termasuk mengemukakan usul pindaan.

Pembangkang juga meminta ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk perbincangan lanjut.

Bagaimanapun POTA akhirnya diluluskan selepas undian belah bahagian ke sembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju untuk meluluskan.








Miliki 'Sugar Baby' Serendah RM400

PETALING JAYA: Sukar untuk memiliki 'sugar baby' sendiri? Terima kasih kepada Internet kerana salah seorang daripada mereka mungkin boleh menjadi milik anda dengan bayaran serendah RM400.

Menerusi tawaran tertentu, golongan lelaki kaya atau 'sugar daddy' akan membayar sejumlah wang kepada gadis muda untuk menemani mereka termasuk tawaran seks kini menjadi perkara biasa.

Proses penawaran itu boleh dilihat laman web tertentu serta iklan dalam talian.

Menyamar sebagai 'sugar daddy', 'sugar mummy' atau 'sugar baby', wartawan The Star bertanya beberapa soalan kepada secara dalam talian kepada beberapa gadis termasuk penuntut universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.

Turut ditemui seorang gadis yang menawarkan perkhidmatan serendah RM400 sebagai bayaran bulanan bagi aktiviti seks.

Malah ada dikalangan gadis-gadis itu menawarkan harga yang lebih tinggi.

Sebagai contoh seorang remaja perempuan yang masih belajar di tingkatan enam dari Ipoh yang dikenali sebagai Puteri mengiklankan perkhidmatannya secara dalam talian dengan harga RM1,000 sebulan termasuk perkhidmatan seks.

Sementara itu seorang gadis berusia 23 dari sini yang sudah memberi perkhidmatan kepada beberapa orang berstatus 'datuk' mengenakan bayaran RM500 bagi sekali janji temu untuk makan malam.

"Ia perlu untuk gaya hidup saya. Saya perlukan pakaian dan makanan mewah.

"Sugar dady kawan saya mampu memberikannya semua itu, jadi saya juga mahukannya," kata Puteri.

Terdapat beberapa laman web khusus yang akan memadankan antara 'sugar daddy', 'sugar mummy' dengan 'sugar baby'.

Data dari salah satu laman web menunjukkan bahawa hampir 50 peratus daripada 'sugar baby' adalah pelajar kolej - meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2006.

Kerajaan lebih pentingkan Rosmah daripada rakyat

Oleh NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan meminta K
ementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera memberi perhatian terhadap aduan Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan betapa berkuasanya isteri Perdana Menteri itu.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata, hanya kerana rungutan Ros mah mengenai pening katan khidmat dandan diri seperti mengecat rambut dari rumah ke rumah yang mencecah sehingga RM1,200, Ahmad telah me nunjukkan ‘kepatuh annya’ sebagai seorang menteri.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga menggambarkan suara rakyat bawahan khususnya berkaitan bantahan GST tidak dipandang kerajaan dan hanya suara orang-orang berkepentingan akan diberi perhatian.

“Kita juga kecewa kerana hakikatnya rakyat telah diperkecilkan oleh orang seperti Ahmad. Mungkin dengan sikap ‘ambil beratnya’ itu beliau akan diangkat sebagai menteri penuh,” katanya sinis.

Menurutnya, sebelum ini rakyat sudah bangkit menyatakan bantahan dan sanggup turun ke jalanan membantah tindakan yang diambil kerajaan mengenakan cukai tersebut kepada rakyat, tetapi pihak pemerintah hanya bersikap ‘pekak badak.’

Mohd Anuar ketika dihubungi 27 Februari lalu juga terkejut dengan perkhidmatan yang digunakan Rosmah jauh lebih tinggi daripada kadar gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.

“Bayangkan ada di kalangan rakyat jelata yang masih tidak menikmati gaji minimum RM900, tetapi is teri Perdana Menteri boleh membazir hanya untuk mengecat rambut sehingga RM1,200.

“Inikah kesederhanaan yang ingin ditonjolkan BN? Saya rasa lebih baik slogan ‘rakyat didahulukan’ ditukar kepada ‘Rosmah didahulukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, apabila Rosmah meminta kerajaan membuat garis pan duan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal, ia secara tidak langsung juga menunjukkan Rosmah tidak menafikan GST menyebabkan harga Kerajaan lebih pentingkan Rosmah daripada rakyat Mohd Anuar Tahir barangan dan perkhidmatan meningkat.

Ahmad sewaktu menyampaikan taklimat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diterajui Rosmah pada 23 Februari lalu meminta KPDNKK segera mengambil perhatian pada perkara yang dibangkitkan Rosmah itu

Soal siasat, tangkap, cara Umno-BN takutkan rakyat

Oleh ARIF ATAN


KUALA LUMPUR: Rekod pe nahanan dan soal siasat sekurang-kurangnya enam aktivis politik sepanjang bulan ini di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan di lihat sebagai langkah rejim Umno- BN mahu menakut-nakutkan rakyat, tegas Abdul Halim Hamid.

Beliau yang juga ayah aktivis muda Adam Adli berkata, trend penahanan yang menyaksikan kesungguhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pasca hukuman penjara ter hadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu bukti sikap kuku besi kerajaan terhadap kritikan awam.
“Lantang bersuara saja kena cekup masuk lokap.

Suara anak muda yang be rani bangkit mempertikaikan kezaliman rejim yang makin memuncak ju ga cuba ditutup rapat,” ujarnya semasa ditemui di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini 21 Februari lalu.

Kesal dengan tindakan pihak berkuasa menahan Adam selepas berakhirnya protes solidariti Kita Lawan ketika itu, beliau berharap lebih ramai golongan muda bangkit berani melawan ke zaliman yang dilakukan pemerintah.
“Saya yakin kalau semua anak muda berani me lawan, rejim Umno-BN akan tumbang. Kita bukan terpekik sanggup ditahan atas nama Anwar seorang, tapi kita bangkit lantang bersuara memperjuangkan hak kita sebagai rakyat,” ujar Halim lagi.

Adam ditahan anggota polis berpakaian preman ber sama ahli Majlis Pimpinan Pusat KeADILan, Fariz Musa dan dihantar ke lokap berpusat di Jinjang se belum dibebaskan keesokan harinya.

Turut juga ditahan polis sepanjang bulan Februa ri ini kartunis Zunar; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; aktivis Bersih, Lawrence Jayaraj dan Ketua Pemuda KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

 Tindakan Khalid mutakhir ini yang dilihat sibuk memantau kenyataan po litik di media sosial bukan jenayah sebenar di alam nyata dengan mengarahkan pasukannya melakukan sia satan termasuk ke atas Setiausaha Agung KeADILan, Rafizi Ram li dikecam orang ramai.

Majlis Syura sahkan tak timbul gabung PAS, Umno

Oleh NYZA AYOB


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan tidak timbul isu PAS bergabung dengan Umno, sebaliknya semua pihak di nasihatkan jangan bercakap mengenai sebarang isu berkaitan penggabung an PAS dengan Umno atau berpecah serta keluar daripada Pakatan Rakyat.

Setiausahanya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dengan tegas menyatakan Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah membincangkan atau memutuskan mengenai penggabungan antara PAS dengan Umno, sebaliknya PAS tetap tidak akan bersama dengan parti itu.

Beliau menjelaskan, apa bila sesuatu perkara itu diputuskan Majlis Syura Ulama, maka itulah keputusan PAS.

“Perkara yang tidak dibincangkan Majlis Syura Ulama itu tiba-tiba orang yang berada di peringkat bawah ini yang pandaipandai.

Orang bawah ti dak berhak bercakap perkara-perkara seumpama ini lebih awal daripada kenyataan yang akan dikeluarkan Maj lis Syura Ulama,” tegasnya sewaktu dihubungi

Katanya, isu penggabung an Umno dengan PAS itu ditimbulkan untuk memecah belah perpaduan di dalam jemaah.

Beliau juga menyifatkan pihak yang ingin memecah perpaduan dalam jemaah itu akan menghadapi dosa paling besar.

“Pada umumnya, masalah bergabung dengan Umno atau dengan siapa, semua kena ingat dalam parti kita mempunyai dasar.

Yang membenarkan ber gabung dengan manamana parti politik luar ini adalah Majlis Syura Ulama sahaja.

“Jadi, mana-mana pihak yang bercakap ini (penggabungan), dia mendahului jemaah. Orang yang mendahului jemaah ini hukumnya haram,” tegasnya.

Sebelum ini pernah timbul desas desus PAS akan bergabung dengan Umno termasuk di kalangan PAS sendiri. Ia diburukkan lagi apabila ada pemimpin Umno yang mengatakan akan wujud penggabungan antara kedua-dua parti itu.

Fahami, perteguhkan kepimpinan ulama


KUALA LUMPUR: Semua pihak di dalam PAS harus menerima gagasan kepimpinan Ulama dalam PAS, kerana dalam masa yang sama gagasan besar ini tidak mengenepikan golo ngan profesional. Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak mesti bersama dalam gagasan besar ini bagi memperjuangkan Islam.

“Semua pihak mempunyai tanggungjawab akidah untuk bersama menyumbang kepada kemenangan Islam. Kemenangan Islam bukan hanya diukur dari keputusan dalam pilihan raya sahaja,” katanya lagi.

Sebaliknya kata beliau, kemenangan dakwah dan tarbiyah di kalangan manusia adalah gagasan besar gerakan Islam.

Bercakap pada 23 Februari lalu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat berkata, adalah satu kesalahan untuk mengenepikan mana-mana individu yang ingin bersama memperjungkan Islam.

Tambahnya, ia se bagaimana juga satu ke salahan menentang ke pimpinan Islam yang telah dipilih oleh ahli.

“PAS, dari satu sudut sebagai parti politik, tentulah ukuran kejayaannya ialah kemenangan dalam pilihan raya.

“Dari sudut yang lebih luas pula, PAS adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan ma syarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka,” ujarnya.

Kata Ustaz Tuan Ibrahim, dari sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jemaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam.
“Jangan kerana ukuran kejayaan setiap bahagian berbeza, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan ia alasan untuk saling bertembung antara satu sama lain.

“Di hadapan kita ada sirah Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya.

Walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih baik dan berjaya,” ujarnya. Namun kata beliau, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda.

Kata Tuan Ibrahim, kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik.

Oleh kerana gagasan Islam adalah gagasan ‘Rahmat- ul-lil Alimin’ maka ia tidak sepatutnya ditakuti.

Tetapi kebimbangan akan tetap ada di kalangan bukan muslim atau mereka yang terpengaruh dengan Islamophobia.

Maka proses membina keyakinan terhadap Islam mestilah dibuktikan melalui beberapa dasar Islam yang adil dan berkebajikan.

PAS di Kelantan dilihat dan mesti dilihat mendepani usaha ini.

Kata beliau, gagasan kepimpinan ulamak telah ditegas puluhan kali oleh Presiden PAS sama ada di era Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor dan kini Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Baginya, gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan professional dan hanya mengambil ulama sahaja sebagai pemimpin.

“Kerana di PAS, kita mengulamakan profesio nal dan memprofesionalkan ulama,” tegasnya.
Bagi beliau, inilah keistimewaan PAS sebagai parti Islam yang semua pihak telah menerima kepimpinan ulamak sebagai dasar dan gagasan parti.

Tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya kerana inilah keputusan seluruh ahli dalam Muktamar, sebagaimana gagasan bersetuju bersama Pakatan Rakyat dan tidak bersama Umno.


















Anwar tak mohon pengampunan diraja

Oleh Hafiz Yatim

Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepada Malaysiakini.

Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.

Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.

Mahkamah mensabitkan beliau bersalah melibat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Antara ahli politik yang pernah mendapatkan pengampunan diraja sebelum ini ialah bekas menteri besar Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan rasuah.

Jika Anwar memohon pengampunan diraja, permohonan harus dibuat dan kerusi Permatang Pauh kekal miliknya selagi keputusan belum dibuat.

Dengan perkembangan terbaru hari ini, speaker Dewan Rakyat dijangka mengumumkan kekosongan kerusi itu dan pilihan raya kecil harus diadakan dalam tempoh 60 hari.

Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT

SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.

“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat,” katanya.

Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.

“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati,” katanya.

Beri Sirul ruang dedah motif bunuh Altantuya

Oleh AZAMIN AMIN 


KUALA LUMPUR: PAS berharap agar Lans Koperal Sirul Azhar Umar diberikan ruang untuk memperjelaskan kepada umum berkenaan motif pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu agar segala misteri akan terungkai sekali gus mereka yang menjadi mangsa akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Dalang di sebalik kes yang kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar dalam satu kenyataan semasa mengadakan Sidang Media di Pejabat Agung PAS dekat Jalan Raja Laut pada 20 Januari lalu.

Beliau mengulas keputusan Persekutuan yang mensabitkan Sirul rakannya, Hadri bersalah mereka akan dikenakan hukuman mati kerana membunuh Al tantuya.

“Namun, persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan model warga Mongolia, Altantunya Sharibuu?

“Motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat,” ujarnya lagi.

Menurut Mahfuz, pihaknya tidak mempertikai keputusan mahkamah, namun terdapat tanda tanya umum ialah mengapa motif pembunuhan tersebut tidak didedahkan.

“Adakah kemungkinan disebabkan agenda peribadi atau arahan daripada pihak tertentu? Tertuduh bukanlah biasa, mereka daripada unit iaitu Unit Tindak an Khas (UTK) biasanya bertindak mengikut dikeluarkan,” tam bahnya lagi.
 

IKLAN C

IKLAN D

Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat