KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam
Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak
atau negara.
Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada
minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada Majma’ Taqrib’yang
ditubuhkan dalam tahun 1980, lapor Buletin Online.
Beliau
berkata demikian kepada media apabila ditanya tentang kedudukan dalam
KUIS dan pemergian ke Iran, selepas menyampaikan kuliah mingguannya di
Masjid Rusila, hari ini.
"Saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa
mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran,”
jelasnya yang juga Naib Ketua KUIS.
Tegasnya, beliau tidak tunduk
kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta
bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.
TG Abdul Hadi tegas pertahan kepentingan dunia Islam
Written By Editor Bebas on Sunday, 25 December 2016 | 10:46
Labels:
Berita
Post a Comment