Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Razak perlu segera menjelaskan mekanismanya untuk memajukan Syarikat
pelaburan negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), demi kebajikan
rakyat.
Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, orang
nombor satu negara (Najib) itu seolaholah ‘sedang mengali kuburnya
sendiri.’
“1MDB bagaikan tidak boleh bergerak lagi. Ke hadapan kena. Ke belakang pun kena,” katanya
Dakwanya, walaupun 1MDB mahu ke hadapan dengan membangunkan
projek-projek baharu tetapi terhalang pula oleh preatasinya yang lemah.
Menurut beliau, sebagaimana didedahkan Setiausaha Agung KeADILan,
Rafizi Ramli, baru-baru ini permohonan melewatkan projek penjana bebas
Jimah East Power Sdn Bhd, disebabkan 1MDB berhadapan dengan masalah
aliran tunai.
Kata Rafizi, laporan 1MDB gagal sekali lagi untuk
membayar hutang berjumlah RM2 bilion mengikut jadual pembayaran
mengesahkan ba hawa syarikat bermasalah itu berhadapan dengan masalah
aliran tunai.
Rafizi juga dipetik berkata, 1MDB didakwa
memerlukan suntikan kewa ngan dari penyenaraiaan aset-aset penjana
bebasnya untuk mengimbangi hu tangnya yang tinggi dan telah mencecah
RM42 bilion setakat ini.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata,
tindakan 1MDB itu sebenarnya dilihat mahu mengurangkan hutangnya terlalu
tinggi untuk dibayar.
Namun beliau mengingatkan Najib agar tidak menggunakan dana rakyat untuk membayar hutang 1MDB selepas ini.
Tambahan pula katanya, jika mengikut ramalan pakar-pakar ekonomi, pada tahun 2015 ekonomi akan merosot.
“Jika ini berlaku maka akan menyebabkan 1MDB lebih sukar untuk membayar hutangnya,” dakwanya lagi.
Skandal 1MDB: Najib ‘gali kubur’ sendiri?
Written By Unknown on Wednesday, 14 January 2015 | 15:30
Labels:
Berita
Post a Comment