Oleh AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR: PAS berharap agar Lans Koperal Sirul
Azhar Umar diberikan ruang untuk memperjelaskan kepada umum berkenaan
motif pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu agar segala
misteri akan terungkai sekali gus mereka yang menjadi mangsa akan
mendapat keadilan yang sewajarnya.
“Dalang di sebalik kes yang
kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga,” kata Ketua
Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar dalam satu kenyataan semasa
mengadakan Sidang Media di Pejabat Agung PAS dekat Jalan Raja Laut pada
20 Januari lalu.
Beliau mengulas keputusan Persekutuan yang
mensabitkan Sirul rakannya, Hadri bersalah mereka akan dikenakan hukuman
mati kerana membunuh Al tantuya.
“Namun, persoalan yang masih
belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan model warga
Mongolia, Altantunya Sharibuu?
“Motif adalah elemen yang sangat
penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka
disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat,” ujarnya lagi.
Menurut Mahfuz, pihaknya tidak mempertikai keputusan mahkamah, namun
terdapat tanda tanya umum ialah mengapa motif pembunuhan tersebut tidak
didedahkan.
“Adakah kemungkinan disebabkan agenda peribadi atau
arahan daripada pihak tertentu? Tertuduh bukanlah biasa, mereka daripada
unit iaitu Unit Tindak an Khas (UTK) biasanya bertindak mengikut
dikeluarkan,” tam bahnya lagi.
Beri Sirul ruang dedah motif bunuh Altantuya
Written By Unknown on Saturday, 24 January 2015 | 16:17
Labels:
Berita
Post a Comment