Headlines News :
Home » » Fahami, perteguhkan kepimpinan ulama

Fahami, perteguhkan kepimpinan ulama

Written By Unknown on Sunday, 1 March 2015 | 22:45


KUALA LUMPUR: Semua pihak di dalam PAS harus menerima gagasan kepimpinan Ulama dalam PAS, kerana dalam masa yang sama gagasan besar ini tidak mengenepikan golo ngan profesional. Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak mesti bersama dalam gagasan besar ini bagi memperjuangkan Islam.

“Semua pihak mempunyai tanggungjawab akidah untuk bersama menyumbang kepada kemenangan Islam. Kemenangan Islam bukan hanya diukur dari keputusan dalam pilihan raya sahaja,” katanya lagi.

Sebaliknya kata beliau, kemenangan dakwah dan tarbiyah di kalangan manusia adalah gagasan besar gerakan Islam.

Bercakap pada 23 Februari lalu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat berkata, adalah satu kesalahan untuk mengenepikan mana-mana individu yang ingin bersama memperjungkan Islam.

Tambahnya, ia se bagaimana juga satu ke salahan menentang ke pimpinan Islam yang telah dipilih oleh ahli.

“PAS, dari satu sudut sebagai parti politik, tentulah ukuran kejayaannya ialah kemenangan dalam pilihan raya.

“Dari sudut yang lebih luas pula, PAS adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan ma syarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka,” ujarnya.

Kata Ustaz Tuan Ibrahim, dari sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jemaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam.
“Jangan kerana ukuran kejayaan setiap bahagian berbeza, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan ia alasan untuk saling bertembung antara satu sama lain.

“Di hadapan kita ada sirah Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya.

Walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih baik dan berjaya,” ujarnya. Namun kata beliau, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda.

Kata Tuan Ibrahim, kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik.

Oleh kerana gagasan Islam adalah gagasan ‘Rahmat- ul-lil Alimin’ maka ia tidak sepatutnya ditakuti.

Tetapi kebimbangan akan tetap ada di kalangan bukan muslim atau mereka yang terpengaruh dengan Islamophobia.

Maka proses membina keyakinan terhadap Islam mestilah dibuktikan melalui beberapa dasar Islam yang adil dan berkebajikan.

PAS di Kelantan dilihat dan mesti dilihat mendepani usaha ini.

Kata beliau, gagasan kepimpinan ulamak telah ditegas puluhan kali oleh Presiden PAS sama ada di era Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor dan kini Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Baginya, gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan professional dan hanya mengambil ulama sahaja sebagai pemimpin.

“Kerana di PAS, kita mengulamakan profesio nal dan memprofesionalkan ulama,” tegasnya.
Bagi beliau, inilah keistimewaan PAS sebagai parti Islam yang semua pihak telah menerima kepimpinan ulamak sebagai dasar dan gagasan parti.

Tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya kerana inilah keputusan seluruh ahli dalam Muktamar, sebagaimana gagasan bersetuju bersama Pakatan Rakyat dan tidak bersama Umno.


















Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat