Headlines News :

IKLAN B

Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Facebook medium 
perniagaan terbaik

DENGAN pertambahan jumlah pengguna media sosial setiap tahun, jelas menunjukkan orang ramai begitu kerap menghabiskan masa di hadapan gajet masing-masing untuk melakukan pelbagai perkara termasuk membeli-belah.


Keadaan itu menyebabkan berlakunya peningkatan aktiviti perniagaan dalam talian khususnya melalui medium Facebook. Berniaga melalui media sosial seperti Facebook bukan sahaja mudah malah prospek pasarannya juga luas. Mungkin pelanggan mereka terdiri daripada pembeli yang berada di luar negara.

Cuma perlu diawasi kaedah pembayaran yang disediakan bagi mengelakkan berlaku sebarang penipuan. Dalam pada itu tidak dinafikan Facebook adalah antara media sosial yang menjadi pilihan orang ramai kerana aplikasi ini mudah dan mesra pengguna.

Pada tahun 2014, satu pusat pengumpulan data pernah melaporkan bahawa Malaysia berada pada ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna akaun Facebook iaitu kira-kira 12 juta orang.

Oleh itu, tidak hairanlah majoriti peniaga dalam talian memilih Facebook sebagai platform terbaik untuk mereka menjual barangan selain menjadikannya tempat pemasaran serta promosi barangan paling berkesan.

Rata-rata peniaga menggunakan laman peminat Facebook atau lebih dikenali sebagai fan page untuk menjalankan perniagaan masing-masing. Di samping mempunyai butik atau kedai yang boleh dikunjungi, peniaga bebas mempromosikan barangan jualan masing-masing melalui fanpage milik mereka.

Dengan fanpage, pemilik akaun Facebook hanya perlu ‘like’ fanpage tersebut tanpa perlu ‘bersahabat’ dengan peniaga dalam talian. Aplikasi ini adalah langkah yang paling mudah untuk mencari pelanggan di samping menjimatkan masa serta kos. Berniaga melalui Facebook juga boleh menjimatkan tenaga tanpa perlu lagi memasarkan barangan mereka dari satu lokasi ke lokasi lain.

NORKISH MUNIH
USIM

Strategi Berniaga Online Di Facebook



Perniagaan anda dilakukan untuk pelanggan, jadi anda perlu membina hubungan yang rapat dengan mereka. Salah satu cara yang paling mudah, efisien, murah dan efektif adalah melalui akaun khusus untuk perniagaan anda di Facebook. Anda boleh menemui ramai pelanggan dan potensi angka jualan anda meningkat amat besar.

Lebih daripada satu bilion orang menyukai (like) dan komen di Facebook dengan purata 3.2 bilion kali setiap hari. Apabila anda datang dengan impak yang cukup besar, perniagaan anda akan menjadi sebahagian daripada perbualan ini dan memiliki akses kepada pemasaran yang cukup berkesan iaitu mulut ke mulut (cadangan di antara rakan). Secara umumnya, ada tiga langkah untuk perniagaan anda menempa kejayaan di Facebook.

01.  REKAAN PAGE. Page ialah tempat utama untuk peningkatan perniagaan, membina jenama dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan. Apakah cara yang paling tepat untuk membina Facebook Page untuk perniagaan dalam talian anda :

- Pilih kategori dan nama Page yang memperkenalkan perniagaan anda.
- Dapatkan logo atau imej lain yang mendapatkan perhatian berkaitan perniagaan anda sebagai gambar profil.
- Tulis sedikit penerangan berkaitan perniagaan agar orang faham apa yang sedang anda lakukan.
- Tetapkan alamat web untuk Page yang boleh anda gunakan sebagai material pemasaran untuk mempromosikan kehadiran anda di Facebook.
- Pilih gambar cover yang mewakili jenama dan pamerkan produk atau perkhidmatan anda. Ini ialah perkara pertama yang akan orang nilai apabila melihat Page anda.

Maklumat Penting

- Lihat insights, suntingan kandungan Page, jejaki aktiviti baru dan respons kepada mesej peribadi daripada panel admin anda.
- Klik pada butang Edit Page dalam panel admin dan pilih Update Info untuk memasukkan maklumat lain berkaitan perniagaan anda.
 
Kuasa Facebook News Feed

-  Page anda ialah tempat anda untuk meletakan pelbagai post terkini yang merangkumi kemas kini, foto, video dan sebagainya. Dan ia akan terus terpamer di News Feed.
- 40% daripada masa orang ramai di Facebook telah dihabiskan di ruangan News Feed mereka.
- Perniagaan anda boleh terlibat dalam perbualan setelah post anda keluar di bahagian News Feed mereka. Ia akan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Rahsia Kejayaan Post

- Pendek : Post di antara 100 dan 250 karakter dapat kira-kira 60% lebih Like, komen dan kongsi (share)
- Visual : Album foto, gambar dan video mendapat 180^, 120% dan 100% lebih penglibatan.
- Di optimum : Page Insight membantu mempelajari perkara seperti kandungan yang mendapat lebih penglibatan dan waktu yang sesuai untuk post sesuatu.

02. LIBATKAN PENONTON. Apabila anda post kandungan dan mendapat respons semula pada Page anda, ia sebenarnya suatu proses positif untuk membina kepercayaan dan mewujudkan peluang untuk menjana jualan. Belajar bagaimana untuk mencipta kandungan yang akan membuatkan orang ramai berminat.

Kekerapan Post Kandungan Berkualiti

Apabila orang mulai like pada Page anda, ini menandakan bahawa mereka mulai ambil tahu berkenaan perniagaan anda dan mereka mahu tahu apa yang sedang berlaku. Post kandungan yang relevan ialah perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka berminat.

Bagaimana menulis post berkualiti

- Pastikan mesej anda adalah relevan kepada penonton dan perniagaan anda.
- Jadilah ringkas, mesra dan rajin berbual.
- Kongsi gambar dan video kerana mereka cenderung untuk menjadi lebih tertarik.
- Mengemukakan soalan atau mendapatkan input.
- Memberikan akses kepada maklumat eksklusif dan istimewa.
- Menyiarkan tentang peristiwa-peristiwa semasa, cuti atau berita tepat pada masanya.

TIP PENTING!

- Post sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu untuk menjadikan anda kekal relevan dan sentiasa mendapat tumpuan pengguna yang like pada Page anda.

- Untuk menggalakkan lebih ramai dan mengembangkan hubungan dengan Page anda, terus libatkan diri dan bertindak balas kepada komen dan mesej peribadi.

- Jika ramai yang mengulas pada sesuatu masa, anda boleh membalas kepada spesifik orang dengan tag pada nama mereka dengan menaip @ sebelum nama.

- Apabila orang menghantar mesej peribadi, anda akan melihat pemberitahuan mengenainya dalam panel admin anda. Jejak mesej baru dan bertindak balas kepada mereka untuk membiarkan pelanggan tahu bahawa anda mendengar.

03. PENGARUHI RAKAN FANS. Apabila orang berinteraksi dengan Page anda, rakan-rakan mereka boleh melihat dan mengetahuinya dalam News Feed mereka sebagai cerita. Ia akan mengembangkan penonton anda dengan memberikan promosi percuma kepada rakan-rakan orang yang terlibat dengan Page anda.

-  Anda perlu menggalakkan ramai orang untuk berinteraksi dengan perniagaan anda. Pengiklanan dari mulut ke mulut ialah bentuk pengiklanan yang paling berkesan.
- Apabila seseorang berinteraksi dengan perniagaan anda di Facebook ia mewujudkan sebuah cerita.
- Orang ramai boleh melihat apabila rakan-rakan mereka menyokong perniagaan anda dengan menyukai atau berhubung dengan Page anda, dan ia boleh mempengaruhi keputusan pembelian mereka sendiri.
- Menggalakkan orang ramai untuk check in pada perniagaan anda dengan sign in, atau dengan menawarkan diskaun khas untuk orang-orang yang check in
-  Buat acara pada Page anda dan menjemput orang ramai untuk menyertai mereka.
- Tanya soalan dan buat post yang menggalakkan penglibatan.
- Kongsi maklumat eksklusif dan tawaran yang membuatkan orang ramai mungkin mahu ikut bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.

Kembang Capaian Kepada Rakan Fans

Cerita tajaan ialah mesej yang datang daripada rakan berkenaan penglibatan mereka dengan perniagaan anda. Sebagai sebuah perniagaan, anda boleh membayar untuk mempromosikan berkenaan cerita anda, tetapi cara ini merupakan suatu langkah percuma dan interaksi sebegini amat digalakkan. Cerita tajaan ini akan muncul di bahagian News Feed di desktop dan platform mudah alih, serta di ruang sebelah kanan Facebook anda.

FAKTA : 80% daripada pengguna berkata, mereka lebih menyukai untuk mencuba sesuatu yang baru berdasarkan kepada cadangan oleh rakan di dalam media sosial.

# SUMBER DARIPADA FACEBOOK

Samsung tampilkan dua Galaxy

Samsung membuka tirai tahun baharu dengan meneruskan legasi teknologi terkini telefon pintar rangkaian Galaxy A.

Dua siri baharu diperkenalkan iaitu Galaxy A5 dan A3. Kemunculan kedua-duanya memberi peluang kepada pengguna menilai penambahbaikan siri Galaxy dengan A3 yang lebih kecil, nipis, dan ekonomik berbanding Galaxy A5.

Menurut Naib Presiden, Mobil, IT dan Pengimejan Digital, Samsung Malaysia ELektronics, Lee Jui Siang, semakin ramai golongan muda memiliki telefon pintar, aplikasi jaringan media sosial dan kegilaan mereka merakamkan gambar sendiri (selfie) juga semakin meningkat memerlukan gajet khas bagi tujuan tersebut.

“Kedua-dua model tersebut bakal membawa era selfie dan welfie yang digilai golongan muda dan tentunya memerlukan peningkatan kualiti imej digital yang dihasilkan,” katanya pada majlis pelancaran gajet tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Ia juga memfokus kepada penggunaan media sosial selari dengan peningkatkan kamera hadapanya iaitu 5 megapiksel bersudut luas khas buat mereka yang gemar berkongsi saat ceria menerusi imej yang dirakam bersama rakan.

Sedikit tebal (6.9 milimeter) berbanding Galaxy A5 (6.7mm), namun tidak begitu ketara, Galaxy A3 juga sengaja direka lebih kecil agar selesa berada digenggaman pemiliknya.

Bagaimanapun, ciri-ciri bingkai logam, nipis dan saiznya memiliki sedikit persamaan dengan sebuah lagi telefon bimbit jenama terkenal masa kini.

Model A5 direka khas untuk golongan muda yang menawarkan ciri-ciri yang menepati cita rasa golongan tersebut sekali gus membawa hobi berselfie ke satu tahap yang lain.

Memahami sifat golongan muda yang amat teruja bergambar selfie, Samsung memudahkan aktiviti kegilaan ramai itu apabila pengguna tidak perlu lagi menekan butang untuk bergambar sebaliknya hanya menggunakan suara atau tapak tangan.

Lebih menarik, anda juga kini tidak memerlukan bantuan monopod untuk merakam gambar bersama kawan dalam kumpulan yang besar. Ini kerana kamera hadapan dengan paparan yang lebih besar boleh memuatkan mereka semua selain turut boleh mencipta mod panorama.

Kini anda boleh menyimpan kenangan bersama rakan dalam ruang gambar yang lebih besar iaitu 110° dalam mode potret atau 120° dalam mode landskap selain telefon pintar ini juga dilengkapi suntingan automatik supaya anda sentiasa kelihatan cantik di dalam setiap rakaman gambar.

Bagi yang menyukakan kelainan, Galaxy A5 turut menawarkan gambar selfie secara animasi. Malah gambar-gambar tersebut akan dikongsi melalui format GIF.

Dengan rekaan baharu serta menawarkan pelbagai tema serta deringan untuk sentuhan dan pesanan pasti menepati gaya hidup anak remaja masa kini.

Jangan sekali-kali terlepas panggilan penting kerana masalah bateri yang tidak tahan lama. Ultra mode power saving yang dilengkap pada telefon bimbit pintar ini mengurangkan penggunaan bateri dengan menutup fungsi yang tidak perlu bagi memastikan telefon anda sentiasa berfungsi pada saat-saat yang amat memerlukan.

50 Cara Buat Duit Dengan PC

1.       eBooks
Jika anda memiliki kemahiran menulis serta profesion anda sekarang menarik untuk dikongsi
bersama umum, apa salahnya mencuba dengan cuba menulis eBooks.
 
2.       Pengaturcaraan
Pertambahan blog-blog Wordpress mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain. Jika ada yang inginkan plugin ditambah supaya memudahkan ditemui dalam enjin carian blog dalam platform Wordpress mereka, apa salahnya anda tawarkan perkhidmatan.
 
3.       Perniagaan secara langsung dalam talian
Cuba-cuba menceburi perniagaan dalam talian yang semakin mendapat sambutan hangat sekarang. Selain dapat memperoleh keuntungan anda juga dapat membina rangkaian.
 
4.       Blog
Ribuan orang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran menulis di blog. Apabila memperoleh trafik yang memberangsangkan maka anda hanya perlu menanti keuntungan.
 
5.       Banner Pengiklanan Web
Menjual ruang iklan anda sendiri secara langsung adalah salah satu kaedah pencarian wang yang paling menguntungkan. Ia membolehkan anda untuk mengurangkan komisen orang tengah dan menentukan kadar anda sendiri. Format banner yang paling popular di web adalah 728 × 90, 120 × 600, 300 × 250 dan 125 × 125.
 
6.       Domain
Jika punyai kemahiran apa salahnya melakukan jual beli Domain untuk mendapat sedikit keuntungan.
 
7.       Pemasaran perkongsian
Pemasaran perkongsian adalah satu amalan yang sangat popular di Internet. Di bawah sistem ini, anda mempunyai orang tengah yang membenarkan orang lain (rakan kongsi) menjual secara langsung atau tidak langsung produk dan perkhidmatan, pertukaran untuk komisen.
 
8.       Mengubahsuai rekaan baju
Manfaatkan kebolehan anda mengubahsuai baju t-shirt ataupun lain-lain barang-barang yang tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi seperti cetakan untuk sekolah dan lain-lain. Dapatkan tender dan cuba runding nilai terbaik.
 
9.       Senarai e-mel atau risalah maya
Senarai e-mel dan surat berita mewakili salah satu dari platform pemasaran yang paling berkuasa dengan penawaran kadar penukaran serta sambutan yang luar biasa. Mewujudkan satu senarai yang besar adalah tugas yang sukar walaupun jadi jika anda mempunyai laman web yang popular anda boleh memanfaatkan untuk meningkatkan bilangan pelanggan pada senarai anda.
 
10.   Direktori Niche
Internet adalah terlalu besar untuk menerokai bersendirian. Jadi anda mengambil bantuan enjin carian, tetapi mereka mempunyai had masing-masing. Anda boleh mencipta laman web direktori yang menyediakan senarai produk atau laman-laman web dalam segmen tertentu.
 
11.   Pembantu Virtual
Bantu individu yang memerlukan bantuan mencari sesuatu maklumat berkenaan perkara yang amat penting dan sukar serta memerlukan kepakaran anda. 
 
12.   Khidmat Pengujian Laman (Web Tester)
 Cuba dapatkan peluang kerana pemaju laman-laman web sentiasa mencari penguji tapak di forum-forum webmaster.
 
13.   Suntingan Video
Tawar nilai yang setaraf dengan kepakaran anda dengan teknik suntingan video yang menggunakan kamera dan perisian suntingan video amatur. Jika pandai mencari pelanggan tidak mustahil anda bakal mendapat manfaatnya memandangkan trend itu semakin mendapat perhatian.
 
14.   Memasukkan data
Sesetengah syarikat-syarikat kecil amat-amat memerlukan individu tambahan bagi proses memasukkan data-data sama ada data pekerja ataupun berkenaan dengan kerja-kerja seharian mereka.
 
15.   Bantuan Outsourcing
Jika anda mempunyai hubungan dengan industri pelancongan ataupun syarikat-syarikat komunikasi di negara-negara lain tawarkan perkhidmatan bantuan komunikasi untuk perniagaan kecil yang lain secara dalam talian.
 
16.   Penulisan artikel
Hasilkan artikel yang berkualiti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan cari platform media-media cetak yang menawarkan sagu hati jika karya anda disiarkan.
 
17.   Gambar digital
Minat anda mengambil gambar patut di aplikasi dengan menjual koleksi anda secara digital.
 
18.   Terjemahan
Apabila anda mendapat peluang dengan syarikat penerbitan media cetak atau pun elektronik yang inginkan penterjemah bagi setiap karya-karya yang akan diterbitkan, ambil peluang itu dan cabar diri anda lakukan yang terbaik.
 
19.   Donations
Meletakkan link “Donations” atau butang di laman web boleh menjadi cara yang berkesan untuk mendapatkan wang lebih-lebih lagi jika blog anda adalah khusus di mana pembaca belajar dan mendapat nilai dari kandungan anda. Pembangunan peribadi dan blog produktiviti misalnya cenderung boleh menunjukkan prestasi yang baik dengan sistem yang  berasaskan sumbangan
 
20.   Laman web
Bina laman web yang benar-benar dapat menarik perhatian ramai pembaca dan cari jalan mempopularkan laman web anda.
 
21.   Kaji Selidik dan Undian
Hanya dengan melakukan kaji selidik dan melakukan undian mengenai sesuatu perkara, anda boleh membuat wang. Tidak percaya? Antara yang popular adalah laman web Vizu Answers yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Pada asasnya, anda perlu mendaftar dengan mereka  dan pilih jenis pemilihan yang anda mahu jalankan di laman web anda.
 
22.   Laman web Canned
Membangunkan sebuah laman web dalam niche tertentu dan menjualnya dengan beberapa salinan.
 
23.   Brushes dan Styles
Industri teknologi kreatif sekarang semakin berkembang jadi ini adalah peluang anda untuk membantu pesaing lebih kreatif daripada yang lain. Cipta Brushes dan Styles untuk perisian suntingan Photoshop dan tawarkan nilai yang terbaik.  
 
24.   RSS Feed Ads
Dengan penerimaan teknologi RSS yang pantas capaian berjuta-juta pengguna Internet, pemilik laman web boleh mula mencari jalan untuk mendapatkan wang daripada saluran baru ini
 
25.   Aplikasi Telefon Pintar
Cuba bina aplikasi untuk telefon pintar seperti yang menggunakan sistem operasi (OS) Android, iPhone dan jualkan dalam Marketplace.
 
26.   Perkhidmatan dalam talian
Tawarkan perkhidmatan setup dan customize blog bagi individu yang inginkan blognya kelihatan lebih berkualiti dan profesional.
 
27.   Tutorial
Bagi yang mempunyai kemahiran dalam profesion masing-masing, cuba bina video tutorial yang memanfaatkan semua orang dan jualnya kepada yang berminat. Apa yang berlaku sekarang ramai yang hanya mengedarkannya secara percuma sedangkan ribuan orang telah melihatnya.
 
28.   Dropshipping
Seperti menjual semula web hosting dan nama domain anda boleh menjual hampir apa sahaja dengan bekerjasama dengan pengeluar yang menawarkan perkhidmatan  dropshipping iaitu melibatkan penghantaran produk kepada pelanggan bagi pihak anda. Dalam perniagaan dropshipping, anda mengumpul pesanan itu di laman web anda dan kemudian mengarahkan pengilang untuk menghantar produk kepada pelanggan anda. Pengilang akan dibayar harganya dan anda menyimpan bakinya.
 
29.   Pertandingan menulis
Sertai pertandingan-pertandingan menulis dan cuba nasib anda. Tetapi jadikan ia lebih berpotensi untuk menang dengan kajian-kajian dan fakta-fakta berkaitan bagi memastikan artikel anda berkualiti.
 
30.   Web Hosting
Bina web hosting anda sendiri yang boleh memuatkan fail-fail html, php script, cgi script, css, imej, database, dan lain-lain. Seterusnya cari individu yang ingin memilikinya.

31.   Susunan album gambar
Memahat memori dalam bentuk album merupakan trend yang merupakan perkara wajib terutamanya ketika majlis-majlis perkahwinan. Miliki DSLR dan pelajari teknik-teknik yang tepat sehingga meyakinkan orang untuk mengupah anda.
 
32.   Suntingan profesional
Aplikasikan apa yang anda peroleh di tempat kerja dengan membuat suntingan atau pemeriksaan akhir untuk kertas kerja pelajar universiti atau pun sesiapa sahaja yang memerlukannya. Pastikan anda turut memiliki kelayakan yang membuatkan pelanggan anda tidak ragu-ragu.
 
33.   Perdagangan Ecurrency:
Perdagangan Ecurrency adalah serupa dengan perdagangan saham iaitu salah satu cara yang lebih berisiko untuk mendapatkan wang.
 
34.   eBay
Jual barang anda sendiri ataupun jalankan perniagaan secara tetap apabila mendapatkan bekalan lebih murah dan jualnya mengikut harga semasa.
 
35.   Perunding media sosial
Menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan dari segi iklan, pembinaan fan page serta melaksanakan pemantauan bagi sesuatu tempoh tertentu.
 
36.   Kandungan Premium
Beberapa laman web dan blog-blog memberikan sebahagian daripada kandungan mereka secara percuma dan mengenakan caj bagi akses ke kandungan premium dan bahagian eksklusif.
 
37.   Sub Host Forum
 Terdapat sesetengah tempat yang membenarkan anda menjalankan pelbagai forum di bawah pelayan jadi tiada salahnya jika anda sebagai pemunya pelayan mengenakan pelayan kepada orang yang menjadi tuan rumah forum atau meletakkan beberapa iklan mereka jika ia ditawarkan secara percuma.
 
38.   Mereka bentuk logo
Beratus-ratus laman web yang dilancarkan memerlukan logo sebagai keperluan harian. Jika anda boleh menjadi kreatif dan reka bentuk logo yang menarik, buat duit dengan menawarkan perkhidmatan reka bentuk logo peribadi pada webmaster forum, laman web iklan dan Fiverr. Anda tidak perlu menggunakan perisian Photoshop hanya dengan GIMP atau mana-mana perisian manipulasi imej lain yang bebas.
 
39.   Penciptaan lirik/lagu
Jangan menpersia-siakan bakat anda. Cuba kembangkan dengan mencari platform yang sesuai dan pastikan anda sentiasa berhati-hati agar tidak tertipu. Apa yang paling penting ia bukan sahaja mendatangkan pendapatan tambahan kepada anda tetapi mana tahu anda turut boleh menjadi popular.
 
40.   Bermain permainan dalam talian
Terdapat laman web yang akan membayar tunai sebenar bagi mata yang anda memperoleh dalam permainan yang berbeza. Untuk melibatkan diri dalam permainan serius dengan wang tunai, pastikan bahawa anda mempunyai kad grafik yang betul, CPU yang telah di naik tarafkan serta lain-lain. Selain itu pastikan permainan yang anda ceburi mempunyai kelulusan yang sewajarnya serta sah di sisi undang-undang.
 
41.   Pemasangan Aplikasi
Dapatkan bayaran untuk memasang aplikasi seperti memasang script laman web dan aplikasi atau platform seperti WordPress yang boleh mengelirukan bagi pengguna baru. Mungkin anda boleh melakukan secara percuma sebagai permulaan tetapan mengenakan bayaran untuk memasangnya pada pelayan orang lain.
 
42.   Perkongsian fail
Jika anda pernah melawat laman web perkongsian dokumen pasti anda tahu ada yang  menawarkan muat turun percuma tetapi apabila sampai ke suatu peringkat, pengguna yang menggunakan link daripada web/blog  tersebut dikehendaki melakukan pembayaran.
 
43.   Games Tester
Apabila ada game baru dikeluarkan, sebelum pengeluar mahu memperkenalkan kepada pengguna anda boleh mendapatkan peluang sebagai game tester bagi mencuba terlebih dahulu bagaimana kondisi dan keadaan permainan sekarang daripada pelbagai aspek sama ada selamat ataupun mengesan masalah-masalah kecil-kecilan lain.
 
44.   Penulis tetamu
Webmaster kadang-kadang memerlukan pakar-pakar tertentu untuk mewujudkan kandungan untuk laman web mereka. Mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik tertentu atau ingin mempunyai pandangan orang lain.
 
45.   Links
Cari peluang dengan bertindak sebagai perantara di antara orang-orang yang sanggup menjual link dan orang-orang yang sanggup untuk membelinya. Hal ini kerana dalam usaha untuk mendapatkan yang lebih tinggi kedudukan enjin carian di Google, ramai orang merasakan bahawa mereka perlu mempunyai banyak backlinks untuk menghalakan blog atau pun laman web ke arah tapak mereka.
 
46.   Storan
Anda boleh membangunkan kemudahan-kemudahan penyimpanan mini-warehouse bagi sesetengah pihak yang amat memerlukan dalam proses penyimpanan. Hanya kenakan sedikit bayaran bagi sesuatu kapasiti data yang disimpan. Proses dalam awan ini memberikan ruang untuk penghantaran data-data besar melalui e-mel.
 
47.   Tuan rumah (hosted) e-mel
Tawaran menjadi tuan rumah kepada e-mel  dengan menjual beberapa e-mel dari domain anda. Jika mana-mana anda semua mahukan e-mel seperti reza@companysaya.com mungkin anda akan boleh dikenakan bayaran.
 
48.   Ringtone
Muzik memang boleh buat duit. anda ada gubahan lagu menarik yg boleh dijadikan sebagai ringtone. Masukkan ke laman web percuma talian. bagi versi demo sahaja. siapa yang suka, minta hubungi anda.
 
49.   Forum swasta
Walaupun pengguna Internet didedahkan dengan forum bebas ada juga kemungkinan untuk mewujudkan satu forum swasta di mana ahli-ahli perlu membayar yuran seumur hidup atau pun berulang-ulang untuk menyertai. Mungkin jika forum itu mendapat perbincangan hangat daripada seluruh dunia.

50.    Tukar e-mata wang
Ada orang yang sanggup membayar anda untuk menukarkan wang daripada e-gold dan paypal jika anda mempunyai akaun di kedua-dua tempat. 
Share this post :

6 Fungsi Pada Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan Anda

Facebook sedia popular sebagai laman sosial terkemuka dunia, dan digunakan ramai untuk tujuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga menggunakannya.
Menariknya, Facebook turut mempunyai beberapa fungsi menarik pada laman tersebut yang tidak begitu digunakan ramai, malah ada beberapa pengguna yang tidak mengetahui akan kewujudan fungsi berkenaan. Antaranya adalah termasuk;

Fungsi Panggilan Video Di Facebook Facebook Video Call
Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan video dikalangan rakan-rakan mereka.
Perkara ini juga akan memudahkan anda untuk kekal berinteraksi dengan mereka yang tersayang sekiranya anda berada di luar negara, selain turut menggunakannya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kerja dan sebagainya.
Fungsi ini mungkin agak kurang popular memandangkan ia memerlukan sebuah pemalam khas tambahan dipasang sebelum dapat menggunakannya. Sokongan ini dibawakan oleh Facebook hasil bekerjasama dengan pihak Skype.
Untuk menggunakannya, pada tetingkap Chat anda, anda hanya perlu klik pada butang Video Call yang terletak pada bahagian atas tetingkap berkenaan.
Fungsi Panggilan Suara Pada Android dan iOS Facebook Call
Bagi anda yang sedia mempunyai aplikasi Facebook Messenger terpasang pada pada peranti mudah-alih, salah satu sokongan yang hadir terbina adalah sokongan membuat panggilan suara – lebih kurang sama seperti membuat panggilan telefon.
Kami sendiri pernah mencuba membuat panggilan menggunakan sokongan ini beberapa kali, dan ia berfungsi dengan lancar dan hanya mengalami lengah masa beberapa kali sahaja sepanjang ujian kami.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi Facebook Messenger, kemudian klik pada nama rakan anda yang ingin dipanggil dan klik pada butang telefon yang diperlihatkan bersebelahan dengan nama rakan anda.
Daftar Masuk Menggunakan Nama Pengguna Facebook Login
Pada halaman masuk Facebook, salah satu perkara yang diperlihatkan adalah kebolehan log masuk menggunakan emel atau nombor telefon. Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak diketahui anda adalah dimana anda turut boleh log masuk menggunakan nama pengguna anda.
Jadi, apakah nama pengguna anda di Facebook? Perkara ini boleh diketahui dengan mudah melalui URL unik anda. Sebagai contoh, http://www.facebook.com/zuck, nama penggunanya adalah Zuck.
Menggunakan “Save” Untuk Mengakses Pada Masa Akan Datang Facebook Save
Pada pelayar web, salah satu fungsi popular adalah Bookmark. Fungsi yang lebih kurang sama turut telah diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini dengan fungsi yang dinamakan sebagai Facebook Save.
Menggunakan Facebook Save, ia membolehkan pengguna menyimpan sesuatu pautan, status, gambar, video dan sebagainya yang dikongsikan di Facebook untuk diakses pada masa akan datang. Sebuah menu khas dinamakan Save turut disediakan pada aplikasi mudah-alih dan juga pada menu di desktop.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu klik pada butang anak-panah di sesuatu perkongsian, dan memilih Save melaluinya.
Mengikuti Rakan-Rakan Dengan Lebih Baik Menggunakan List Facebook List
Dengan perkembangan harian Facebook, ia mungkin menyukarkan anda mengikuti rakan-rakan terdekat, ataupun sejumlah Facebook Page dengan efektif. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu fungsi yang hadir adalah Facebook List.
Facebook List membolehkan anda memilih Page yang ingin disertakan ataupun rakan-rakan yang ingin anda ikuti dengan lebih dekat. Sebaik sahaja selesai, sebuah menu khas akan diperlihatkan pada menu bahagian kiri di laman Facebook, dan anda boleh klik padanya untuk melihat perkembangan semasa daripada mereka dengan mudah.
Menghantar Dan Menerima Fail Melalui Facebook Chat Facebook Chat
Pada Facebook Chat, selain membolehkan anda menghantar gambar dan video, ia juga turut menyokong untuk anda menghantar sebarang jenis fail dengan mudah, sekaligus membolehkan rakan-rakan anda menerimanya.
Perkara ini sekaligus memudahkan proses anda daripada perlu membuka emel untuk membuat Attachment, memandangkan pada hari ini lebih ramai yang aktif maka ia akan memudahkan proses anda ingin menghantar fail dokumen dan sebagainya dengan pantas berbanding kebiasaan.

Jadi, itu adalah antara fungsi menarik pada Facebook yang mungkin tidak digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia. Jika anda mempunyai sebarang fungsi tambahan yang ingin dikongsikan, jangan lupa berkongsi melalui ruangan komen dibawah.

Teknologi Paparan permukaan lebih laju

OnePlus One

Permintaan terhadap telefon pintar yang sempurna membuatkan pengusaha telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan telefon yang diinginkan pelanggan.Lantaran itu wujudnya telefon pintar OnePlus One, bakal hadir dengan prosesor Snapdragon 801, dengan kelajuan sehingga 2.5GHz.


Tidak hanya memberikan kelajuan prosesor lebih tinggi, inovasi ini menawarkan clock GPU lebih tinggi, yakni 578MHz.

Kelajuan itu juga tinggi berbanding Snapdragon 800, sebesar 450MHz.

Telefon pintar ini bakal menawarkan RAM dengan kapasiti 3GB. OnePlus juga menggunakan standard eMMC 5.0, mampu meningkatkan kelajuan paparan permukaan.

Dengan standard berkenaan, waktu yang diperlukan untuk salinan, memindahkan, membuka ataupun mengedit sebuah fail menjadi lebih singkat dan mudah.

Lebih mesra pengguna

 Oleh Nasuha Badrul Huzaini 

 TELEFON pintar Nokia terbaharu, Nokia X disifatkan sebagai antara telefon pintar yang paling ideal dan berbaloi dengan harganya. Nokia X menggabungkan rekaan Nokia, kualiti dan perkhidmatan Nokia dengan kemampuan untuk mengoperasikan aplikasi Android.

Berikut adalah antara sebab mengapa Nokia X seharusnya menjadi pilihan pengguna:

* Rekaan terkini dan tahan lasak

Model boleh didapati dalam warna terang seperti hijau terang, merah terang, hitam dan putih. Badan telefon pintar itu diliputi oleh karbonat kukuh yang menjadikannya tahan lasak.

* Aplikasi pantas

Inovasi ini dilengkapi aplikasi unik Fastlane. Kelengkapan skrin membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran dengan pantas. Selain hanya paparan skrin utama, pengguna Nokia X memperoleh skrin tambahan dengan memaparkan aplikasi terbaru terutama pada pautan media sosial.
* Ciri HERE Drive and Maps

Dilengkapi ciri pemetaan HERE Drive and Maps. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan sistem navigasi percuma menerusi telefon pintar berkenaan.

Pengguna tidak perlu bimbang semasa mencari destinasi yang dikehendaki dan walaupun tanpa sambungan data, HERE Maps masih boleh beroperasi secara luar talian di 95 negara.

* Nikmati muzik pilihan

Pengguna boleh menikmati ciri Nokia MixRadio yang menawarkan muzik pilihan sendiri tanpa gangguan iklan. Hanya tekan kekunci ‘Play me’ dan nikmati aliran muzik pilihan anda sendiri. Sistem ‘Thumbs up’ dan ‘Thumbs down’, membolehkan anda memilih lagu. Pengguna juga mempunyai pilihan memuat turun lagu kegemaran mereka untuk dimainkan secara luar talian.

* Lebih banyak bonus tambahan

Dengan setiap pembelian Nokia X, pengguna diberikan panggilan Skype percuma sebulan. Selain itu, pengguna juga menerima 10GB simpanan awan pada OneDrive yang membolehkan mereka menyimpan gambar dan maklumat yang boleh diakses pada bila-bila masa.
 

IKLAN C

IKLAN D

Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat