SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.
Pengerusi
Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr
Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat
menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.
"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.
"Kenikmatan
yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih.
Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri
dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan
sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.
Beliau
berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am
Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.
"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.
"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan
seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH,"
katanya.
Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata,
antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain
dihadiri ramai kenalan dan sahabat.
“Dalam hadis riwayat
Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada
malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.
“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat
adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari
Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan
berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.
“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang
tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.
“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik
dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita
baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat,” katanya.
Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah
juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.
“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk
muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia
adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati,” katanya.
Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT
Written By Unknown on Sunday, 15 February 2015 | 15:06
Labels:
Berita
Post a Comment