Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS
mengesahkan tidak timbul isu PAS bergabung dengan Umno, sebaliknya semua
pihak di nasihatkan jangan bercakap mengenai sebarang isu berkaitan
penggabung an PAS dengan Umno atau berpecah serta keluar daripada
Pakatan Rakyat.
Setiausahanya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh
dengan tegas menyatakan Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah
membincangkan atau memutuskan mengenai penggabungan antara PAS dengan
Umno, sebaliknya PAS tetap tidak akan bersama dengan parti itu.
Beliau menjelaskan, apa bila sesuatu perkara itu diputuskan Majlis Syura Ulama, maka itulah keputusan PAS.
“Perkara yang tidak dibincangkan Majlis Syura Ulama itu tiba-tiba orang yang berada di peringkat bawah ini yang pandaipandai.
Orang bawah ti dak berhak bercakap perkara-perkara seumpama ini lebih
awal daripada kenyataan yang akan dikeluarkan Maj lis Syura Ulama,”
tegasnya sewaktu dihubungi
Katanya, isu penggabung an Umno dengan PAS itu ditimbulkan untuk memecah belah perpaduan di dalam jemaah.
Beliau juga menyifatkan pihak yang ingin memecah perpaduan dalam jemaah itu akan menghadapi dosa paling besar.
“Pada umumnya, masalah bergabung dengan Umno atau dengan siapa, semua kena ingat dalam parti kita mempunyai dasar.
Yang membenarkan ber gabung dengan manamana parti politik luar ini adalah Majlis Syura Ulama sahaja.
“Jadi, mana-mana pihak yang bercakap ini (penggabungan), dia mendahului
jemaah. Orang yang mendahului jemaah ini hukumnya haram,” tegasnya.
Sebelum ini pernah timbul desas desus PAS akan bergabung dengan Umno
termasuk di kalangan PAS sendiri. Ia diburukkan lagi apabila ada
pemimpin Umno yang mengatakan akan wujud penggabungan antara kedua-dua
parti itu.
Majlis Syura sahkan tak timbul gabung PAS, Umno
Written By Unknown on Sunday, 1 March 2015 | 22:51
Labels:
Berita
Post a Comment