Oleh Nor Nazarima Mohd Nasir
Sedih
dan kasihan. Ini merupakan perasaan yang tidak dapat saya elakkan,
apabila berbicara mengenai perkara yang sedang hangat diperkatakan
rakyat Malaysia, berikutan tersebarnya satu video pendek dalam sebuah
konsert K-Pop di Malaysia baru-baru ini.
Saya tidak menafikan kekhilafan yang dilakukan gadis-gadis di atas
pentas tersebut - barangkali atas keterujaan melihat idola di depan
mata. Besar harapan saya, agar mereka dapat mengambil pengajaran
daripada apa yang berlaku dan menjauhi sikap fanatik melampau terhadap
sesuatu perkara atau seseorang. Ia mampu membuatkan kita hilang
pertimbangan. Saya juga berdoa agar mereka tabah menghadapi akibat
kejadian ini.
Namun yang lebih membimbangkan saya adalah reaksi masyarakat kita
terhadap perkara ini. Mereka dicerca dengan begitu dahsyat atas
kesilapan tersebut. Bahkan tajuk video yang diviralkan juga lebih
bersifat provokatif; seolah-olah sengaja mahu merendah-rendahkan dan
menghina, bukan ke arah menegur dan membaiki secara berhikmah.
Tambahan pula, komen makian dan cacian tersebut datang daripada mereka
yang yakin mereka sedang mempertahankan kesucian Islam. Perkara ini pada
pandangan saya, sangat bertentangan dengan adab dan nilai islam itu
sendiri dan tidak sepatutnya kita mempunyai rasa "Saya lebih baik
daripada anda".
Firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 125:"Serulah (manusia) kepada
jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara lebih baik", jelas menunjukkan prinsip yang perlu kita
pegang apabila mengajak dan menegur manusia kearah kebaikan.
Sensitiviti masyarakat kita dalam membaiki umat, perlulah dipandu dan
dilorongkan agar usaha pembaikan itu dapat dilakukan selari dengan
kefahaman, dan bukannya pula atas dasar takut untuk dimalukan. Usaha
menerapkan kefahaman yang pastinya memakan masa ini bermula dengan diri
sendiri, dan kita seharusnya sedar bahawa cacian tidak akan menjadi
pemangkin perubahan, sebaliknya hanya akan membantutkan usaha dan niat
murni tersebut.
Justeru saya menyeru agar kita bersama berusaha ke arah pembaikan diri,
seperti dendangan lagu
Michael Jackson, Man in the Mirror :
I'm Starting With The Man In
The Mirror
I'm Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change
Masyarakat hendaklah sedar dan tidak terus dilalaikan dengan budaya
hiburan melampau, khususnya bagi muslim. Selain itu, bagi mengelakkan
kejadian ini berulang lagi, saya menyeru agar para penganjur lebih
sensitif dengan penganjuran dan perjalanan tentatif program mereka.
Semoga kita dapat bersama terus membaiki masyarakat Malaysia, dan negara Malaysia dapat terus menuju ke arah negara rahmah. –
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/k-pop-teguran-atau-pengaiban-nor-nazarima-mohd-nasir#sthash.vv2jeY9C.dpuf
Home »
Surat Pembaca
» K-Pop: Teguran atau pengaiban
K-Pop: Teguran atau pengaiban
Written By Unknown on Wednesday, 14 January 2015 | 12:19
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment