Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: PAS tidak
menyokong sebarang kegiatan
pengganas khasnya
militan Islam State (IS), namun
dalam masa yang sama
pakatan juga menolak undang-
undang yang bersifat
menahan tanpa bicara.
Ketua Whip Parlimen
PAS, Dato’ Mahfuz Omar
berkata, undang-undang
tanpa bicara yang menjadi
roh kepada Undang-undang
Pencegahan Keganasan
(POTA) 2015 hanya akan
membawa kepada penyalahgunaan
kuasa yang
dilakukan pihak kerajaan.
Dalam masa yang sama,
Mahfuz berkata, senaraisenarai
kumpulan pengganas
yang disenaraikan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu juga akan disenaraikan
kerajaan Malaysia.
“Sekarang ini kita difahamkan
Amerika sedang
mendesak untuk PBB memasukkan
satu lagi senarai
sebagaimana kumpulan Hamas,
bukan kumpulan yang
bersifat keganasan.
“Begitu juga dengan
pejuang kemerdekaan. Apabila
pejuang kemerdekaan dianggap
pengganas, bermakna
apabila ada mana-mana
pihak di Malaysia menyatakan
sokongan kepada Hamas,
itu juga dilihat sebagai
satu keganasan menyokong
kumpulan pengganas,” katanya
sewaktu ditemui di lobi
Parlimen pada 6 April lalu.
Mahfuz yang juga Ahli
Parlimen Pokok Sena menegaskan
apabila kerajaan
mudah melabel seseorang
pengganas dan membuat
tangkapan, ia amat bertentangan
dengan hak
masyarakat dunia untuk
hidup aman damai dalam
negara yang didiami.
Pakatan Rakyat membantah
POTA kerana undang-
undang tersebut mirip
Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan
sebelum ini.
POTA diluluskan kirakira
jam 2.45 pagi 7 April
walaupun Ahli Parlimen Pakatan
Rakyat dan pembangkang
bangkit menyatakan
bantahan dan mengambil
bahagian dalam perbahasan
POTA termasuk mengemukakan
usul pindaan.
Pembangkang juga meminta
ia dirujuk kepada Jawatankuasa
Pilihan Parlimen
untuk perbincangan lanjut.
Bagaimanapun POTA
akhirnya diluluskan selepas
undian belah bahagian ke
sembilan dilakukan dengan
undian terakhir memihak
kepada kerajaan dengan
kiraan 79 bersetuju dan 60
tidak bersetuju untuk meluluskan.
Tolak undang-undang tahan tanpa bicara
Written By Unknown on Monday, 13 April 2015 | 20:52
Labels:
Berita
Post a Comment