Oleh Hafiz Yatim
Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon
pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri
Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan itu.
Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan
kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah
Persekutuan.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak
mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja
kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.
Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepada Malaysiakini.
Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan
Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.
Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.
Mahkamah mensabitkan beliau bersalah melibat bekas pembantunya Mohd
Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Antara ahli politik yang pernah mendapatkan pengampunan diraja sebelum
ini ialah bekas menteri besar Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan
rasuah.
Jika Anwar memohon pengampunan diraja, permohonan harus dibuat dan
kerusi Permatang Pauh kekal miliknya selagi keputusan belum dibuat.
Dengan perkembangan terbaru hari ini, speaker Dewan Rakyat dijangka
mengumumkan kekosongan kerusi itu dan pilihan raya kecil harus diadakan
dalam tempoh 60 hari.
Anwar tak mohon pengampunan diraja
Written By Unknown on Tuesday, 24 February 2015 | 14:10
Labels:
Berita
Post a Comment