Headlines News :
Home » » Menanti masa Umno jatuh sendiri

Menanti masa Umno jatuh sendiri

Written By Unknown on Monday, 6 February 2017 | 11:28

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah menyifatkan Umno tidak kuat lagi sekarang dan dibiarkan parti itu jatuh sendiri.

“Umno sudah lemah untuk dibantai. Kalau sudah tidak kuat lagi tidak perlu dilawan seperti dahulu.
“Sekarang dah tak kuat lagi, tak perlulah kita lawan sangat,” katanya selepas majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman projek kredit karbon di antara kerajaan negeri dan Climate Protectors Sdn Bhd Isnin lepas.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sebelum ini PAS melawan Umno kerana parti itu masih kuat.

Bagaimanapun beliau berkata, PAS tetap akan berdepan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Menurutnya, Umno tetap menjadi musuh politik PAS biarpun ada ketikanya parti itu berharap untuk menjalin kerjasama dengan PAS. Menyentuh kenyataan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan tajaan haji oleh 1MDB, katanya biarlah mufti yang menjawabnya.

Beliau bagaimanapun berkata, Dr Mahathir masih mengamalkan sikapnya yang gemar mengulas berkaitan apa sahaja.

“Itulah sikap Tun sejak dulu sampai sekarang, yang dia tak faham pun dia akan mengulas,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat