LUMUT: Dua nelayan warga Myanmar dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis di sini pada Selasa.
Mangsa
yang bekerja di atas bot nelayan tempatan itu disedari hilang selepas
majikan gagal menghubungi mereka kira-kira jam 8.30 malam sebelum
melaporkan kepada polis.
Pengarah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim
Shahrizan Raman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan
selepas menerima laporan tersebut pada jam 12.35 tengah malam.
Post a Comment