Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan,
Dato’ Ahmad Maslan meminta K
ementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera memberi perhatian terhadap
aduan Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan betapa berkuasanya isteri
Perdana Menteri itu.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS
Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata, hanya kerana rungutan Ros mah mengenai
pening katan khidmat dandan diri seperti mengecat rambut dari rumah ke
rumah yang mencecah sehingga RM1,200, Ahmad telah me nunjukkan ‘kepatuh
annya’ sebagai seorang menteri.
Menurut beliau, tindakan tersebut
juga menggambarkan suara rakyat bawahan khususnya berkaitan bantahan
GST tidak dipandang kerajaan dan hanya suara orang-orang berkepentingan
akan diberi perhatian.
“Kita juga kecewa kerana hakikatnya rakyat
telah diperkecilkan oleh orang seperti Ahmad. Mungkin dengan sikap
‘ambil beratnya’ itu beliau akan diangkat sebagai menteri penuh,”
katanya sinis.
Menurutnya, sebelum ini rakyat sudah bangkit
menyatakan bantahan dan sanggup turun ke jalanan membantah tindakan yang
diambil kerajaan mengenakan cukai tersebut kepada rakyat, tetapi pihak
pemerintah hanya bersikap ‘pekak badak.’
Mohd Anuar ketika
dihubungi 27 Februari lalu juga terkejut dengan perkhidmatan yang
digunakan Rosmah jauh lebih tinggi daripada kadar gaji minimum yang
ditetapkan kerajaan.
“Bayangkan ada di kalangan rakyat jelata
yang masih tidak menikmati gaji minimum RM900, tetapi is teri Perdana
Menteri boleh membazir hanya untuk mengecat rambut sehingga RM1,200.
“Inikah kesederhanaan yang ingin ditonjolkan BN? Saya rasa lebih baik
slogan ‘rakyat didahulukan’ ditukar kepada ‘Rosmah didahulukan,” katanya
lagi.
Bagaimanapun katanya, apabila Rosmah meminta kerajaan
membuat garis pan duan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi
mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal, ia secara tidak
langsung juga menunjukkan Rosmah tidak menafikan GST menyebabkan harga
Kerajaan lebih pentingkan Rosmah daripada rakyat Mohd Anuar Tahir
barangan dan perkhidmatan meningkat.
Ahmad sewaktu menyampaikan
taklimat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri
dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diterajui Rosmah pada 23 Februari lalu
meminta KPDNKK segera mengambil perhatian pada perkara yang
dibangkitkan Rosmah itu
Kerajaan lebih pentingkan Rosmah daripada rakyat
Written By Unknown on Monday, 2 March 2015 | 15:13
Labels:
Berita
Post a Comment