Headlines News :

IKLAN B

Dr M: Saya akan jumpa Khalid Abu Bakar di mahkamah


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar.

Mahathir berkata dia juga telah mengarahkan peguamnya untuk menjawab surat berkenaan.

"Saya telah menerima surat tuntutan daripada bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar.

"Saya mengarahkan penguam untuk menjawabnya. Saya akan jumpanya di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya, hari ini.

Dua hari lalu, Khalid dilaporkan memberi tempoh tujuh hari untuk Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang menurutnya berunsur fitnah bulan lalu.

Khalid Abu Bakar

Khalid turut menuntut bekas perdana menteri itu menarik balik kenyataan yang menurutnya tidak benar dan menjejaskan reputasinya sebagai bekas ketua polis negara.

Jika Mahathir berbuat demikian, Khalid berkata dia akan memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta terhadap Mahathir.

“Saya beri Mahathir tujuh hari untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik semula kenyataannya.

“Jika gagal saya akan arahkan peguam saya meneruskan tindakan saman kerana memfitnah," kata Khalid seperti dipetik portal PNBBC.

Ia berhubung artikel bertajuk 'Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib' yang disiarkan portal The Malaysian Insight pada 16 April lalu.

Laporan itu memetik wawancara Mahathir bersama Malaysiakini yang antaranya berkenaan perbualan bekas perdana menteri itu dengan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz berhubung jumlah wang dalam akaun Najib.

Menurut Mahathir, Zeti memberitahu beberapa tahun lalu dia, Khalid, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamad merancang untuk bertindak terhadap Najib berhubung skandal 1MDB.

Kata Mahathir lagi, Zeti memaklumkan ia tidak dapat diteruskan selepas Khalid memberitahu Najib berkenaan "kumpulan empat orang" itu.

Pekan Padang Besar kembali meriah sepanjang Ramadan


PADANG BESAR:
Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand kembali meraih, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.
 
Tinjauan Bernama mendapati bahawa kedai, kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dan penutupan pintu sempadan pada Mac tahun lalu,
 
Salah seorang pengunjung Mohamad Faiz Aiman Mohd Zaimi, 23, berkata, beliau selesa membeli-belah di pekan ini kerana terdapat pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.
 
"Saya datang ke sini (Padang Besar) bagi membeli beras pulut, untuk dijadikan sebagai ketupat sebagai hidangan wajib pada 1 Syawal nanti, kerana beras pulut Thailand di sini wangi dan bermutu tinggi," kata mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs) itu kepada Bernama baru-baru ini.
 
Turut berkongsi pendapat, Hashimah Ismail, 54, berkata beliau datang ke sini bagi membeli makanan ringgan seperti kerepek, kacang dan keropok, untuk dijadikan menu sampingan untuk saudara-mara, rakan dan jiran datang beraya di rumah.
 
"Saya mempunyai keluarga yang besar...jika beli biskut raya kosnya adalah tinggi, jadi saya memilih untuk membeli makanan ringgan dari negara jiran (Thailand), kerana ia jauh lebih murah dan sedap," kata suri rumah itu.
 
Sementara itu, seorang peniaga Hamidah Abdullah, 65, berkata beliau telah berniaga di kompleks Padang Waremart Padang Besar sejak 36 tahun lalu.
 
"Alhamdulillah setelah hampir setahun sepi, orang ramai kembali berkunjung ke sini dan hasil jualan mula meningkat dua kali ganda, berbanding sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA

 

Bot karam akibat ribut, dua nelayan hilang

 


LUMUT:
Dua nelayan warga Myanmar dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis di sini pada Selasa.

Mangsa yang bekerja di atas bot nelayan tempatan itu disedari hilang selepas majikan gagal menghubungi mereka kira-kira jam 8.30 malam sebelum melaporkan kepada polis.
 
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan selepas menerima laporan tersebut pada jam 12.35 tengah malam.

COVID-19: Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini


KUALA LUMPUR:
Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang.

 Ia bakal melibatkan pemberian 268,000 dos vaksin AstraZeneca kepada penerima.
 
Pemerhatian Astro AWANI di PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) mendapati kira-kira 200 penerima mula menunggu di hadapan pintu masuk seawal jam 8 pagi.
 
Tepat jam 9.10 pagi, penerima dibenarkan memasuki PPV mengikut jadual yang ditetapkan.
 
Pergerakan setiap penerima dipantau anggota keselamatan dan petugas WTC bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Setiap penerima perlu menunjukkan pendaftaran vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera sebelum saringan suhu dibuat.
 
Mereka kemudiannya akan mendapatkan konsultasi mengenai tahap kesihatan dan alahan ubat sebelum vaksin diberikan.
 
Selepas selesai menerima vaksin, penerima akan ditempatkan di ruangan khas untuk dipantau di antara 30 hingga 45 minit sebelum dibenarkan pulang.
 
Kira-kira 1,200 hingga 2,400 dos vaksin AstraZeneca akan diberikan kepada penerima di WTC dengan jumlah keseluruhan 175,000 dos bermula hari ini hingga 5 Jun depan.

Bung Mokhtar Mungkin Kecundang Kepada Hajiji Untuk Jadi Ketua Menteri

 


Oleh Shahbudin Husin

Siapa akan jadi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya menewaskan Warisan pada PRN 26 September nanti, bukan saja isu yang terus menjadi perdebatan sehingga ini, malah ternampak makin hari makin bertambah kusut jadinya.

Di pihak PN, terutamanya Bersatu, nama yang dicanangkan ialah Hajiji Noor, Adun Sulaman sejak 2004 yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Sabah.

Sementara di pihak BN, khususnya UMNO, calon Ketua Menterinya ialah Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan yang kali ini turun bertanding di Dun Lamaq.

Bung Mokhtar juga adalah Pengerusi UMNO dan BN Sabah.

Walaupun PN, BN dan PBS setuju bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah sebagai simbol kesatuan untuk menumbangkan Warisan, hakikatnya calon Ketua Menterinya tetap ada dua.

Sesungguhnya keadaan ini adalah sesuatu yang memalukan dan menggambarkan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri yang mengumumkan pembentukan Gagasan Rakyat Sabah sehari sebelum hari penamaan calon, 12 September lalu.

Lebih buruk, setelah Muhyiddin sendiri melontarkan nama Hajiji tanpa berunding dengan UMNO dan BN, pemimpin Bersatu yang lain seperti Azmin Ali menghangatkan lagi perdebatan mengenai perkara itu dengan memberi sokongan serta pujian terbuka terhadap Pengerusi Bersatu Sabah itu yang digambarkannya lebih layak, lebih dihormati dan lebih bersih untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.

Kata-kata Azmin itu sekaligus memberi gambaran Bung Mokhtar tidak berapa layak, tidak cukup dihormati dan tidak seratus-peratus bersih jika dibandingkan dengan Hajiji.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang memang diketahui menyokong Bung Mokhtar untuk jadi Ketua Menteri tentu saja segera “melompat” apabila Bersatu berterusan membangkitkan perkara yang tidak pernah diperbincangkan itu.

Pada mulanya beliau berkata, soal siapa jadi Ketua Menteri Sabah hanya akan diputuskan setelah BN dan sekutunya berjaya memenangi PRN 26 September nanti.

Semalam pula, Zahid Hamidi berkata, parti yang memenangi kerusi terbanyak sepatutnya diberi hak memilih calon Ketua Menteri.

Dengan BN bertanding 41 kerusi, manakala PN hanya 29 kerusi, Zahid Hamidi dengan jelas cuba mengingatkan Bersatu agar “jangan lebih lajak daripada laju” dalam menuntut kerusi tersebut kerana parti itu hanya bertanding sedikit kerusi saja.

Daripada satu segi, oleh kerana BN bertanding lebih banyak kerusi, Bung Mokhtar lebih mempunyai peluang berbanding Hajiji untuk menjadi Ketua Menteri.

Tapi, adakah matematik politik selalu begitu?

Berdasarkan perkembangan setakat ini, persaingan pembangkang iaitu BN, PN dan PBS untuk berhadapan dengan Warisan adalah cukup sengit dan mencabar.

Ia ditambah lagi dengan berlakunya pertindihan calon sesama sendiri dalam kelompok Gabungan Rakyat Sabah di 17 kawasan, selain turut serta bertanding Parti Cinta Sabah, pimpinan Anifah Aman yang diramalkan tidak mustahil mampu membuat kejutan memenangi beberapa kerusi.

Dengan yang demikian, tiada parti dijangka mampu berdiri sendiri untuk membentuk kerajaan selepas keputusan 26 September nanti.

Ini bermakna, walaupun BN bertanding 41 kerusi, tetapi ia dilihat mustahil mampu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi iaitu jumlah paling minima untuk menubuhkan kerajaan.

Mahu tidak mahu, meski berpotensi memenangi lebih banyak kerusi, BN tetap memerlukan sokongan daripada PN yang bertanding 29 kerusi dan PBS yang bertanding 22 kerusi bagi mencukupkan angka membentuk kerajaan.

Malah, sekiranya Parti Cinta Sabah turut memenangi sejumlah kerusi, sokongan mereka juga adalah diperlukan sama.

Jika demikian, andai ditakdirkan Warisan berjaya ditumbangkan, siapakah antara Bung Mokhtar dan Hajiji yang lebih berpeluang menduduki kerusi Ketua Menteri mewakili Gabungan Rakyat Sabah?

Harus diakui bahawa jika itu berlaku, peluang Hajiji adalah lebih tinggi berbanding Bung Mokhtar.

Ini kerana berbanding Bung Mokhtar, Hajiji dikatakan lebih mudah mendapat sokongan daripada PBS, parti yang setuju berada dalam Gabungan Rakyat Sabah dan menerima kepimpinan Muhyiddin, tetapi tidak menyertai PN atau BN.

Selain itu, sekiranya sokongan daripada Parti Cinta Sabah juga diperlukan, parti itu dipercayai lebih sedia menerima Hajiji berbanding Bung Mokhtar.

Dalam hal ini, pada malam 26 September nanti, andai Warisan kecundang di mana UMNO serta BN mungkin menang lebih banyak kerusi berbanding PN, tetapi Hajiji daripada Bersatu lebih berpeluang untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.
 

IKLAN C

IKLAN D

Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat