Samsung membuka tirai tahun baharu dengan meneruskan legasi teknologi terkini telefon pintar rangkaian Galaxy A.
Dua siri baharu diperkenalkan iaitu Galaxy A5 dan A3. Kemunculan
kedua-duanya memberi peluang kepada pengguna menilai penambahbaikan siri
Galaxy dengan A3 yang lebih kecil, nipis, dan ekonomik berbanding
Galaxy A5.
Menurut Naib Presiden, Mobil, IT dan Pengimejan
Digital, Samsung Malaysia ELektronics, Lee Jui Siang, semakin ramai
golongan muda memiliki telefon pintar, aplikasi jaringan media sosial
dan kegilaan mereka merakamkan gambar sendiri (selfie) juga semakin
meningkat memerlukan gajet khas bagi tujuan tersebut.
“Kedua-dua
model tersebut bakal membawa era selfie dan welfie yang digilai
golongan muda dan tentunya memerlukan peningkatan kualiti imej digital
yang dihasilkan,” katanya pada majlis pelancaran gajet tersebut di ibu
negara baru-baru ini.
Ia juga memfokus kepada penggunaan media
sosial selari dengan peningkatkan kamera hadapanya iaitu 5 megapiksel
bersudut luas khas buat mereka yang gemar berkongsi saat ceria menerusi
imej yang dirakam bersama rakan.
Sedikit tebal (6.9 milimeter)
berbanding Galaxy A5 (6.7mm), namun tidak begitu ketara, Galaxy A3 juga
sengaja direka lebih kecil agar selesa berada digenggaman pemiliknya.
Bagaimanapun, ciri-ciri bingkai logam, nipis dan saiznya memiliki
sedikit persamaan dengan sebuah lagi telefon bimbit jenama terkenal masa
kini.
Model A5 direka khas untuk golongan muda yang menawarkan
ciri-ciri yang menepati cita rasa golongan tersebut sekali gus membawa
hobi berselfie ke satu tahap yang lain.
Memahami sifat golongan
muda yang amat teruja bergambar selfie, Samsung memudahkan aktiviti
kegilaan ramai itu apabila pengguna tidak perlu lagi menekan butang
untuk bergambar sebaliknya hanya menggunakan suara atau tapak tangan.
Lebih menarik, anda juga kini tidak memerlukan bantuan monopod untuk
merakam gambar bersama kawan dalam kumpulan yang besar. Ini kerana
kamera hadapan dengan paparan yang lebih besar boleh memuatkan mereka
semua selain turut boleh mencipta mod panorama.
Kini anda boleh
menyimpan kenangan bersama rakan dalam ruang gambar yang lebih besar
iaitu 110° dalam mode potret atau 120° dalam mode landskap selain
telefon pintar ini juga dilengkapi suntingan automatik supaya anda
sentiasa kelihatan cantik di dalam setiap rakaman gambar.
Bagi
yang menyukakan kelainan, Galaxy A5 turut menawarkan gambar selfie
secara animasi. Malah gambar-gambar tersebut akan dikongsi melalui
format GIF.
Dengan rekaan baharu serta menawarkan pelbagai tema
serta deringan untuk sentuhan dan pesanan pasti menepati gaya hidup anak
remaja masa kini.
Jangan sekali-kali terlepas panggilan penting
kerana masalah bateri yang tidak tahan lama. Ultra mode power saving
yang dilengkap pada telefon bimbit pintar ini mengurangkan penggunaan
bateri dengan menutup fungsi yang tidak perlu bagi memastikan telefon
anda sentiasa berfungsi pada saat-saat yang amat memerlukan.
Samsung tampilkan dua Galaxy
Written By Unknown on Monday, 12 January 2015 | 16:26
Labels:
Teknologi
Post a Comment