Headlines News :
Home » » Erdogan rasmi terowong bawah laut Eurasia

Erdogan rasmi terowong bawah laut Eurasia

Written By Editor Bebas on Sunday, 25 December 2016 | 10:45

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan terowong bawah laut bernama Eurasia di bandar Istanbul, Selasa lalu.

Terowong ini yang akan menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Dilansir Trtworld.com, terowong yang dianggarkan setiap harinya akan dilalui 100,000 kenderaan ini berada di bawah laut selat Bosphorus. Terowong bawah laut ini juga dikatakan dapat memendekkan perjalanan dari 100 minit menjadi 15 minit dari daerah Kazlicesme ke daerah Goztepe.

Ia mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk membina terowong bawah laut ini. Jarak terowong ini adalah 14.6 km. Jarak 5.4 km berada di bawah dasar laut selat Bosphorus.

Sebahagian wilayah Eropah bermula dari bandar Istanbul membentang dari daerah Kazlicesme menuju daerah Goztepe yang berada di benua Asia. Bahagian terowong yang memasuki kawasan dasar laut dibuat dalam dua peringkat.

Kelajuan maksimum yang ditetapkan bagi kenderaan yang melintas di terowong ini adalah 77 km/jam. Menurut Enigeering News Record Amerika, terowong bawah laut ini adalah terowong laut terbaik di dunia pada tahun 2016 ini
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat