KRISIS yang berlaku di Timur Tengah perlu dilihat
dengan kerangka yang luas bukan sahaja pertembungan Sunni dan Syiah yang
hanya strategi untuk melaga-lagakan umat Islam walaupun tidak dinafikan
Syiah adalah salah.
Antaranya ialah perebutan kuasa-kuasa besar
untuk menakluk kawasan yang kaya dengan minyak. Sangat menarik
kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh ISIS samaada di Iraq atau Syria
adalah kawasan yang kaya dengan minyak. Ini menimbulkan banyak
persoalan.
Perancangan Israel juga mesti diambil kira untuk
meluaskan jajahannya bagi mencapai matlamat Israelraya yg merangkumi
seluruh negara Arab.
Dalam krisis Syria, ia sangat rumit dan payah untuk dirungkai.
AS,
Saudi Arabia, Turki dan kebanyakan negara-negara Teluk mengambil
pendekatan untuk menjatuhkan regim Basyar Al-Asad dengan matlamat yang
berbeza. Matlamat AS ialah untuk menyelamatkan Israel (pendirian AS
berubah-berubah). Matlamat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang
bersama dengannya untuk menghentam Iran yang bersekutu dgn regim Basyar.
Matlamat Turki untuk menjaga sempadannya dari pemberontak Kurdis.
Iran
pula menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk mempertahan dan
mengukuhkan kedudukannya kerana Syria hanyalah satu-satu negara di Timur
Tengah yang menjadi sekutunya.
Rusia juga menyokong regim
Basyar, matlamatnya untuk menandingi kuasa hegemoni AS. Setakat ini
Rusia berjaya apabila diberikan keizinan pengkalan tentera lautnya
dibina di Tortuz, Syria (Satu-satunya pengkalan tentera laut Rusia yang
berada di laut lepas).
Krisis yang berlaku ini yang menjadi
mangsanya ialah rakyat Syria. Justeru perlu kepada kaedah yang tuntas
utk menyelesaikan krisis ini supaya ianya tidak berpanjangan yang akan
menambahkan lagi pertumpahan darah. Teringat amaran Nabi SAW yang
menyebut antara apa yang akan berlaku di akhir zaman; orang yang dibunuh
tidak tahu kenapa dia dibunuh dan orang yang membunuh tidak tahu kenapa
dia membunuh.
Semoga Allah menyelamat dan mengeluarkan umat Islam daripada fitnah ini.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Krisis Syria: Fitnah yang menguji umat Islam
Written By Editor Bebas on Sunday, 25 December 2016 | 10:22
Labels:
Pendapat
Post a Comment