PERKEMBANGAN terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) telah melupuskan semua pegangan saham FGV menambahkan lagi keluh
resah rakyat Malaysia terhadap kedudukan saham FGV yang mula diniagakan
sejak 2012 .
Merujuk
kepada laporan beberapa portal berita web, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa
kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Menurut
kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu
memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara
beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.
Pihak KWSP terpaksa
melupuskan pemilikan saham ini berdasarkan prinsip mereka mengamalkan
tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang
teguh pada kawalan risiko dan Peruntukan Aset Strategik.
KWSP
terpaksa menjual semua ekuiti FGV yang mereka miliki secara
beransur-ansur sehingga tidak memilikinya lagi sehingga hari ini.
Jika
KWSP sudah hilang kepercayaan kepada FGV, bagaimana pula nasib peneroka
Felda? Walaupun peneroka Felda memiliki hanya sekitar 2.5 peratus
kedudukan dalam keseluruhan saham FGV ia sudah pasti akan memberi
kerugian dan kebimbangan masa depan saham mereka.
Peneroka Felda
hanya ditawarkan 800 unit saham dengan terpaksa membuat pinjaman
daripada intitusi kewangan. Sehingga sekarang sudah empat tahun mereka
masih membayar pinjaman ini setiap bulan secara potongan daripada hasil
pendapatan jualan buah sawit atau getah mereka.
Mana janji
Perdana Menteri untuk menjadikan peneroka Felda menjadi sebahagian
golongan yang berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju setelah
penyenaraian FGV? Apakah sogotan durian runtuh RM15,000 setiap peneroka
Felda sebelum penyenaraian FGV dulu satu helah mengunci peneroka Felda
untuk membiarkan Felda dibuat sesuka hati oleh pemimpin negara?
Mereka
juga bimbang mengenai kedudukan keseluruhan FGV, tanah seluas 360,000
hektar milik Felda sebelum ini juga telah diserahkan kepada FGV,
peneroka Felda sebelum ini banyak mendapat faedah dari hasil tanah ini,
antaranya peruntukan pembangunan sosial berjumlah RM60juta setahun.
Tanah
ini juga mendatangkan hasil kepada kumpulan dari RM1.2 hingga RM1.8
bilion setiap tahun. Bila diserahkan kepada FGV, Felda dan peneroka
sudah hilang suatu aset yang bernilai buat mereka.
Kesanya kepada
kumpulan sangat ketara, juga kepada peneroka, sudah ada kumpulan
mereka terpaksa berdemo di hadapan pejabat pengurusan kerana menuntut
bayaran hasil jualan sawit mereka. Sebelum ini mereka sudah lama dibayar
secara tunai dan tidak tertangguh, kini pihak pengurusan terpaksa
meminta penangguhan 2 minggu sehingga sebulan untuk melunaskan bayaran.
Urus
tadbir pengurusan tanam semula banyak menghadapi masalah. Felda juga
sebelum ini mengaku 60 peratus pokok sawit mereka sudah tua dan perlu
urusan penanaman semula segera bagi mengekalkan pengeluaran hasil sawit
dan getah.
Apakah jaminan kerajaan untuk menyelesaikan masalah
Felda, FGV dan peneroka? Apakah dengan terus mengekalkan Tan Sri Isa
Samad selama beberapa tahun lagi menerajui Felda, kerajaan yakin Isa
Samad boleh menyelesaikan semua masalah yang sedang melanda?
Peneroka
Felda yang kebanyakkanya sudah berumur hanya mampu melihat kerangkusan
pemimpin mereka yang selama ini diberi kepercayaan menguruskan Felda
agar beramanah dan mampu mengekalkan kecemerlangan Felda kini sudah
terhakis.
NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
KWSP keluar daripada FGV, petanda buruk buat peneroka
Written By Editor Bebas on Sunday, 25 December 2016 | 10:26
Labels:
Pendapat
Post a Comment