Oleh Sakmongkol AK47
Ini mungkin fiksi atau mungkin juga ianya akan jadi fakta. Kata pendita, wallahu-'alam bissawab.Kita
tengok apa jadi bulan March 2015 ini. Kita mahu lihat sama ada ucapan
Dr Mahathir ‘beware the ides of March’ akan berlaku.
Dalam
sejarah Rom, the ides of March ialah tarikh Caesar dibunuh oleh
konspirator–konspirator yang terdiri dari lebih kurang 60 senator.
Tidak sukar untuk membaca, bila Dr Mahathir menyebut mengenai ‘ides of
March,’ ianya sebagai tempoh Najib disingkir dari jadi PM.
Kita
pun hendak lihat jika Najib bukan PM, sama ada dunia akan kiamat.
Dunia tidak kiamat ketika Dr Mahathir berhenti. Dan Najib bukan sama
kualiti dengan Dr Mahathir.
Kita mahu lihat sama ada Najib boleh bertahan selepas Mach 2015.
Adakah kita ingat keberanian Sirul mahu mendedahkan bahawa dia
bertindak atas arahan itu sebagai suatu kebetulan atau coincidence?
Kengganan Sirul berkata apa–apa semasa di bicarakan sangat difahami.
Manalah tahu, seperti yang disebut oleh Razak Baginda, berlaku pula
‘custodial death’ keatas Sirul.
Ini bukan saya kata, ini Razak Baginda yang kata dan Razak Baginda is ‘an honourable man.’
Dan ia menakjubkan belum pun lagi Sirul berkata apa–apa, ketua polis
negara berkata Sirul mungkin dipengaruhi untuk bercakap bohong? Jika ya,
rakyat mahu tahu dari polis Malaysia yang ‘super–efficient,’ siapa
yang mempengaruhi Sirul?
Dan oleh kerana tidak ada orang
Malaysia yang ada akses kepada Sirul, maka bolehlah kita membuat
konklusi bahawa orang yang mempengaruhi Sirul mestilah orang Australia.
Celaka betul orang Australia ini kan?
Tapi, boleh atau tidak kita buang keberangkalian, sebelum Sirul cabut
lari ke Australia, dia telah bertemu dengan orang–orang yang
berpengaruh dan menceritakan apa sebenarnya berlaku dan mungkin pula
membuat kenyataan dan deposisi bertulis? Apa kita hendak buat ketika
itu apabila deposisi tersebut, signed dan disaksikan oleh orang–orang
yang ‘impeccable’ peribadi mereka, timbul pada bulan Mach ini?
Seperti kata arwah Pak Sako, wow!
Dan yang Dato Najib tidak semena–mena mengsampahkan kenyataan Sirul
mengapa? Ini kes pembunuhan yang mudah seperti yang disebut oleh Razak
Baginda dan tidak perlu mengundang respons daripada PM.
Kita
semua tidak lupa, ketika perbicaraan Sirul dan ketua inspector
dijalankan, peguam negara dengan segera mengistiharkan tidak ada siapa
lagi yang terlibat.
Jadi mengapa Dato Najib melatah mengatakan apa yang Sirul kata ialah ‘rubbish’?
Adalah tidak kena ‘Chief Constable’ negara kita dan PM mendahului sesiapa daripada mendengar apa yang Sirul mahu katakan.
Orang yang pasti dimatikan, mungkin mahu menyelamatkan rohnya.
Kita kena beri peluang kepada Sirul.
Post a Comment