Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
PADA hari inilah dalam tahun 1303 telah tercatat satu tarikh pada batu bersurat yang ditemui di
Kuala Berang, Terengganu. Satu kenyataan yang tidak harus kita lupa
Islam telah menjadi sistem yang berdaulat di bumi Malaysia 97 tahun
sebelum pembukaan Kota Melaka oleh Parameswara.
Sejarah
membuktikan sistem dan kedaulatan Islam yang telah sekian lama bertapak
di bumi ini dihapuskan oleh penjajahan sedikit demi sedikit dengan cukup
terancang dan sistematik. Bermula dengan penaklukan Portugis di Melaka
pada 1511, Belanda pada 1641, seterusnya campur tangan Inggeris pada
1786 menyempurnakan permulaan tindakan menyahkan Islam dari system
kenegaraan bumi Malaysia.
Inggeris yang datang menguasai bumi ini
dengan permulaan Perjanjian Pangkor tidak sekaligus menyahkan Islam dari
takhta kedaulatan. Sedikit demi sedikit dan secara halus usaha
dirancang dan dilaksanakan agar dapat diterima oleh masyarakat Islam.
Sultan
yang dahulunya memegang kuasa politik dan pemerintahan disogok dengan
keamanan dan damai atas takhta tanpa diganggu gugat dengan syarat
baginda hanya berkuasa kepada hal-ehwal Islam dalam negeri. Apa maknanya
hal-ehwal Islam di mata Inggeris pada waktu itu?
Islam hanya mula
dijadikan upacara rasmi kerajaan dengan Inggeris terus memelihara
tulisan jawi sebagai pengantara utama. 1830 telah mula diperkenal
Undang-undang Sivil di negeri-negeri selat yang kemduiannya dipaksa
untuk diterima oleh negeri-negeri bersekutu pada 1937.
Urusniaga
perdagangan mula dihalakan menurut cara mereka dan tidak lagi cara
syariah. Pada masa yang sama telah mula diperkenal jabatan yang menjaga
hal-ehwal Islam dengan harapan orang Islam merasa bangga betapa Islam
ada jabatan yang menjaganya.
Islam kian diinstitusikan menurut
cara pemerintah. Islam tidak lagi berada pada tahap menguasai
pemerintahan sebagaimana sistem kesultanan awal sebelum penjajahan.
Itu
hanya sebahagian kecil teknik dan taktik penjajah dalam usaha mereka
mensekularkan Malaysia yang dulu dipanggil Tanah Melayu. Kini sistem
sekular dalam perundangan telah kejap dan jitu berada pada tampuk
penguatkuasaan.
Selaku umat Islam, tentunya amat malang bila kita
hanya mengenang nostalgia batu bersurat Terengganu tanpa dituruti usaha
yang bermatian agar Islam kembali berdaulat. Cukup terasa sayu bila
mengenangkan cita-cita umat Islam ini di tengah-tengah gelora yang
melanda badan siasah memperjuangkan Islam di Malaysia, Parti Islam
Se-Malaysia, PAS.
Cukup saya akui mana bumi yang tidak ditimpa
hujan, mana laut yang tidak bergelora, mana pantai yang tidak dihempas
badai. Tidak harus kita lupa juga bersama-sama kita ada Al-Quran,
Sunnah, Ijmak dan Qias untuk dituruti sebagai panduan.
Kenapa kita
mudah goyah dengan hujan, gelora dan badai kerana itu semua sunnah yang
telah ditentukan Allah S.W.T? hujan yang mebasahi bumi, gelora menggila
di lautan dan badai ombak di pantai pasti berhenti bila tiba masanya.
Demikian juga setiap perselisihan dan pertikaian telah disediakan ubat
penawarnya dalam kitab Allah dan tinggalan Rasul Allah S.A.W.
Terkadang
saya tertanya sendiri apakah sukar bagi kita pendukung jalan jihad ini
untuk kembali bersemuka kerana Allah? Merapatkan persaudaraan dan
mengatur gerak bersama demi mendaulatkan Islam yang telah lama dinyah
penjajahan?
Rasul Allah S.A.W. telah cukup mengajar kita dalam
perjuangan besar ini. Tarbiah, dakwah dan kebajikan dirangkum bersama
agar serasi untuk menaut hati-hati manusia yang diciptakan Allah Tuhan
yang satu. Kenapa kita terlalu degil menerima hakikat bahawa perjuangan
ini mendambakan kebersamaan gerak kerja dalam setiap langkahan?
Meletakkan
Islam agar kembali berdaulat bukan sekadar retorik untuk diulang dari
zaman ke zaman. Ia adalah satu tanggungjawab besar yang wajip dipikul di
bawah satu kepimpinan. Kesempurnaan Islam pada hari ini bukan menunggu
tahap demi tahap untuk dilaksanakan. Ia mesti digempur dari segenap
sudut dan ruang di medan sebenar.
PAS sebenarnya telah punyai
kekuatan untuk menguasai medan jika ketaatan difokuskan hanya pada satu
arahan dan kepimpinan. Kita telah punyai tokoh ulama yang ramai dan
tenaga profesional yang cukup bersedia mendokong cita-cita jihad ini.
Hanya sikap enggan sahajalah yang akan terus menggagalkan usaha ini
dengan keangkuhan keakuan yang ada pada setiap dari kita.
Tingkah
laku kita hari ini hanya akan mengekalkan tinggalan penjajah tanpa
mengubah sistem sekular dan negara. Kembalilah kepada Allah dan
beristiqamahlah dengan ajaran tinggalan Rasulullah S.A.W agar
pertolongan Allah akan bersama mengiringi perjuangan getir ini.
Home »
Surat Pembaca
» Tingkah laku kitalah yang menggagalkan perjuangan
Tingkah laku kitalah yang menggagalkan perjuangan
Written By Unknown on Tuesday, 24 February 2015 | 13:54
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment