Selepas mengasak kerajaan berhubung penentuan harga petrol, PKR akan beralih pula kepada isu harga barang dan perkhidmatan.
Ini termasuk mendedahkan pelbagai perjanjian dan struktur kos yang
menyebabkan kenaikan harga, tekanan kepada monopoli perniagaan selain
mendesak kerajaan menggunakan kuasa untuk menurunkan harga barang.
Kempen bersepadu itu akan diketuai oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pengerusi Biro Kepenggunaan Manivanan Govindasamy
dan Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri Wong Chen.
Perkara itu diumumkan mereka, yang juga anggota parlimen bagi kawasan
Pandan, Kapar dan Kelana Jaya, dalam kenyataan bersama hari ini.
“PKR berpendapat bahawa tindakan kerajaan persekutuan sekarang adalah
tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan
peniaga-peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga barang,” kata
mereka.
Lebih
teruk lagi, tambah mereka, menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja
penyebaran dakwaan bahawa harga barang tidak diturunkan kerana
“ketamakan” peniaga Cina.
“PKR akan menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab Umno dan
menteri-menteri dalam isu harga barang ini sedangkan kuasa dan cengkaman
Umno/BN dalam kerajaan dan perniagaan sebenarnya boleh digunakan untuk
menurunkan harga barang,” kata mereka.
Kenyataan itu juga menyebut, tugas-tugas mereka seperti berikut:
Rafizi: Isu-isu dasar dan kuasa kerajaan persekutuan yang boleh digunakan untuk menurunkan harga barang.
Manivanan: Kempen menyemak harga dan memberi tekanan
kepada kerajaan persekutuan dan peniaga dalam sektor barangan runcit
seperti makanan dan restoran.
Wong Chen: Kempen menyemak tarif telekomunikasi (talian
telefon dan Internet) dan Astro agar bayaran yang dikenakan berpatutan
dengan mutu perkhidmatan.
PKR akan dedah perjanjian naikkan harga barang
Written By Unknown on Tuesday, 13 January 2015 | 23:59
Labels:
Berita
Post a Comment