Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
menjelaskan pasukan keselamatan itu tidak pilih kasih dalam membuat
tangkapan, seperti dibangkitkan DAP hari ini.
Merujuk kes Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang menggesa membakar
Bible berbahasa Melayu, Khalid berkata perkara itu sudah dijelaskan oleh
peguam negara dan tidak perlu disentuh lagi.
Sementara dalam kes Mashitah Ibrahim yang mendakwa terdapat aktiviti
membakar al-Quran di Kedah, beliau berkata bekas timbalan menteri itu
tidak dapat ditangkap kerana disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun
Keseksaan yang tidak memperuntukkan tindakan itu.
“Justeru, persoalan berhubung pilih kasih tidak berbangkit.
“Siasatan dibuat tanpa mengira kaum, jantina dan lain-lain,” katanya kepada Malaysiakini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencabar Khalid menahan dua
pihak berkenaan, yang didakwa menyentuh keharmonian kaum sebelum ini.
Beliau juga meminta Khalid tidak pilih kasih dan komited menjaga
keharmonian kaum di Malaysia, ketika mengulas penahanan peguam Eric
Paulsen semalam
IGP jelas kenapa tak tangkap Ibrahim, Mashitah
Written By Unknown on Tuesday, 13 January 2015 | 23:56
Labels:
Berita
Post a Comment