Oleh SELENA TAY
RAKYAT
berpendapatan rendah sudah mengeluh dan merungut mengenai kos sara
hidup yang semakin meningkat dan pada masa seperti inilah, mereka
meminta pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat untuk merayu kepada
kerajaan untuk membuat sesuatu untuk menurunkan kos sara hidup.
Ada tiga permintaan daripada rakyat untuk dilaksanakan oleh kerajaan:
1. Turunkan harga minyak RON95 ke paras RM1.90;
2. Kawal harga barang runcit dan harga barang keperluan harian; dan
3. Tundakan GST (Goods & Services Tax/Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) ke tahun 2020.
Seorang
pemandu teksi di KL meminta Pakatan Rakyat untuk "marah kerajaan kerana
harga barang sudah naik banyak, susah hiduplah macam ini."
Lebih
25 orang yang berpendapatan rendah yang diwawancara oleh penulis ini
sudah marah dengan pengurusan ekonomi negara yang jelas telah
membebankan rakyat golongan miskin.
Kata
seorang suri rumahtangga di KL, "Kerajaan janganlah memberi alasan
bahawa harga RON95 tidak boleh diturunkan kepada RM1.90.
Pada
masa kempen pilihan raya umum yang lalu, BN kata tak akan naikkan harga
barang dan saya percayakan BN. Justeru, saya memberi undi kepada BN
tetapi apa sudah jadi sekarang?"
Semua
25 orang tersebut menyatakan rasa kemarahan mereka bahawa harga barang
asyik naik sejak harga RON95 naik pada awal bulan Oktober lalu.
Ini
telah memberi mereka banyak 'stres' atau tekanan apabila setiap hari
perlu memikir mengenai perbelanjaan harian mereka terutamanya bagi
golongan yang sudah berumahtangga.
Post a Comment