Oleh AHMAD MUHAJIR
LEBIH
10 tahun berlalu tragedi tsunami di Aceh Naggroe Darussalam, wilayah
paling barat di utara Sumatera Indonesia yang mengorbankan lebih 200,000
nyawa, kini rantau ini digegarkan banjir besar di pantai timur
Semenanjung Malaysia dan kes kehilangan pesawat Air Asia-Indonesia.
Peristiwa
tsunami dulu bukan sahaja memilukan dan menyayat hati kita umat Islam
dan umat manusia seluruh dunia, tetapi banyak memberi pengajaran hikmah
dan ibrah kepada kita untuk tetap menginsafkan dan menyedarkan kita akan
mutlaknya kekuasaan dan maha kuasanya Allah Yang Maha Tinggi.
Nyawa
ratusan ribu hilang, harta benda musnah, rumah kedai hartanah dan tapak
pertanian perkebunan, binatang ternakan hilang dan berubah wajah, namun
kebanyakan masjid dan surau di wilayah Aceh ini sebagai tempat
beribadah dan merapatkan ukhuwah dan tali silaturrahim serta menambah
ilmu sebagai bahagian dari pengabdian kepada Allah SWT. Kebanyakan
masjid dan surau ini dipelihara dan diselamatkan oleh Allah Azza Wa
Jalla. Masjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh juga utuh.
Masjid
lama ini dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Islam Aceh di bawah
Sultan Iskandar Muda pada abad ke-16 tempat penampungan rakyat Aceh dari
“kejaran” dan hantaman tsunami pada malam 26 Disember 2004 dan hari-hari berikutnya.
Bukan
sahaja umat Islam yang berlindung di masjid ini, bahkan 'non-Muslim'
daripada keturunan Cina pun bernaung, akhirnya dengan kuasa dan hidayah
daripada Allah SWT, majoriti mereka masuk Islam merasakan dan
menyedarkan betapa maha dahsyatnya kuasa Allah, dicontohkan daripada
bencana tsunami ini.
Hikmah
yang paling hebat dan penuh makna sangat luar biasa daripada tsunami
ini adalah automatik terjadinya kemudian gencatan senjata, antara
pemerintah Indonesia dalam hal ini Tentera Nasional Indonesia (TNI)
dengan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Dalam
hal ini banyak pihak yang berperanan bukan sahaja pemerintah Indonesia
di Jakarta, GAM di Sweden, juga parti politik Islam dan NGO dari negara
jiran.
Suatu hal yang tidak boleh dilupakan semasa penulis berkunjung ke Banda Aceh setelah tsunami ini adalah bantuan
masyarakat antarabangsa tidak kira Islam dan bukan Islam sangat besar
dan luar biasa, dari Malaysia, Mesir, Turki, Arab Saudi, Singapura,
Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.
Pemimpin
Al Ikhwan Al Muslimun Mesir ketika itu, Dr Mohammad Morsi turut
berkunjung ke Aceh setelah tsunami. Beliau adalah Pengerusi Lajnah
Kebajikan Al Ikhwan Al Muslimun, kemudiannya menjadi Presiden Mesir
tetapi sudah digulingkan oleh Jeneral Fatah As-Sisi.
Adalah kenyataan seorang pegawai kementerian perdagangan negeri Aceh yang amat mengejutkan iaitu "bagus
Pak katanya, Allah datangkan tsunami ini kerana GAM tidak mahu Islam
dan Jakarta pun tidak mahu Islam biar adil katanya, biarlah ada tsunami
ini menyedarkan manusia untuk kembali kepada Allah dan Islam."
Setelah
itu berlakulah majlis tandatangan perdamaian Aceh dengan perjanjian
Helsinki, dan Aceh dibenarkan melaksanakan syariat Islam, memang
pengamalannya ada kelemahan dan kekurangannya, paling tidak sudah ada
ikhtiar dan usaha ke arah itu.
Memang
dalam pelaksanaan syariat Islam perlu suasana aman damai dan kondusif,
takkan kita nak bicara syariat atau hudud di kala kita dilanda tsunami
atau banjir, dalam hal ini kita perlu memahami maqashid syariahnya.
Kini
dengan kuasa qada' dan takdir Allah Rabbul Jalil, Malaysia pula dilanda
banjir besar; Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, sebahagian Selangor,
Negeri Sembilan dan Johor. Banjir tidak semestinya dari hujan.
Bagaimana
di Kutub Utara ketulan ais tidak lagi membeku akhirnya air semakin
banyak dan akhirnya melimpah dan mengalirlah ia ke daratan. Makanya
dalam hal ini dengan kebijakan dan kepiawaian aktivis dan penggerak
masyarakat, terutama kerajaan Pusat dan Negeri marilah bekerjasama
bersatu padu, tidak kira parti dan fahaman politik, yang utama dan prima
sekarang adalah menolong bangsa banjir, tidak kira mereka Islam atau
bukan Islam.
Yang
Islam adalah saudaramu seiman dan seagama, yang bukan Islam adalah
saudaramu sesama insan. Inilah mahabbah dan rahmatan lil Alamin-nya
ajaran Islam, sifat rahman-Nya Allah diberikan di dunia ini kepada
hamba-Nya yang Islam dan bukan Islam.
Marilah
kita berfikiran terbuka berlapang dada tasamuh taawun kasih mengasihi
siapa sahaja mereka yang mengalami kesusahan dan ditimpa musibah serta
bencana. Inilah keagungan kemuliaan kehebabatan akhlak Islam, yang
diajarkan oleh Allah SWT dalam al- Quran dan dicontohkan oleh Rasullah
s.a.w. dalam sunnah dan sirahnya.
Belum
lagi banjir reda, dan masih ingat dengan kehilangan pesawat MH370 dan
MH17 yang ditembak, pada 28 Disember, pesawat Air Asia QZ 8501
penerbangan Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang pula.
Pesawat
jenis Airbus ini buatan tahun 2008 adalah sahamnya dikuasai oleh
Indonesia 51% dan Malaysia 49%, yang membawa penumbang seramai 155 orang
terdiri daripada 149 rakyat Indonesia, satu Malaysia, satu Singapura,
satu dari Britain keturunan Cina bersama puterinya rakyat Sinjgapura,
seorang dari Perancis dan seorang misionari dari Korea Selatan.
Berlepas
dari lapangan udara Juanda, Surabaya pukul 5.20 pagi waktu Surabaya,
Jawa Timur dan hilang kontak atau hubungan dengan radar jam 6.17 pagi,
diduga ada tiga penyebabnya iaitu masalah teknikal, atau menempuh
gumpalan awan kolumnimbus dan juga kemungkinan sabotaj. Tetapi dugaan
yang ketiga ini masih spekulasi yang belum ada bukti yang sahih,
dijangka tiba di Singapura pukul 8.50 pagi, kemungkinan hilangnya antara
Kalimantan dengan Belitung Timur, Sumatera bahagian tenggara.
Indonesia
dan Malaysia mempunyai nasib yang sama, menerima musibah bencana dan
tragedi serupa, bagaimana pesawat Merpati Nusantara Airlines hilang di
pantai Padang Sumatera Barat, kemudian Adam Air di Teluk Sulawesi,
kemudian terhempasnya pesawat Mandala di Lapangan Udara Polonia Medan.
Jadi kita tiada pilihan kembalilah ke peraturan yang ditetapkan oleh
Allah dan Rasul-Nya.
Pengurusan
MAS, Air Asia ataupun Garuda berhentilah menghidang dan menjual arak
dan minuman keras dalam penerbangannya, mulalah pramugarinya diajak
berjinak-jinak untuk menutup aurat, perbanyak menyediakan al- Quran dan
bacaan doa dalam kapal terbang.
Contohilah
bagaimana pesawat Saudia Airlines mewajibkan berpakaian sopan kepada
pramugarinya tidak kira Islam atau bukan Islam, dan Saudia Airlines
malah Brunei Airlines memang tidak menjual atau menyediakan arak bagi
para pelanggannya.
Inilah
yang patut kita contoh dan amalkan untuk sentiasa kita budayakan dalam
kehidupan, tiada arak, tiada judi, dan perbanyaklah membaca al-Quran dan
sentiasalah berdoa dan berzikir, insya-Allah.
Post a Comment