Oleh AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR: Pengumuman perstrukturan semula Bajet
2015 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai
‘cincai’ (tidak kemas) dan umpama di ‘kaki lima jalan’ berbanding
sepatutnya memanggil sidang khas Parlimen.
Ketua Whip Parlimen
PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata pengumuman itu membuktikan kerajaan tidak
serius menangani situa si ekonomi semasa yang melanda negara termasuk
mengabaikan beban yang ditanggung rakyat.
Lebih mengecewakan
katanya, Presiden Umno itu masih berada dalam keadaan ‘denial syndrome’
iaitu menafikan hakikat ekonomi negara dalam keadaan kritikal dan parah
ditambah situasi semasa berkaitan penurunan harga minyak dunia.
“PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan
pimpinan PM Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut
unjuran semasa harga minyak.
“Kini terbukti, kabinet melakukan
‘kesilapan’ atas unjuran yang tidak tepat dan kini kita rakyat negara
ini terkena kesannya,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan
PAS Pusat berkata demikian dalam satu sidang media 20 Januari lalu di
Pejabat Agung PAS, dekat sini.
PAS katanya mengganggap bajet yang
diumumkan sebagai ‘cincai’ kerana tidak dibuat berasaskan bacaan yang
betul ekoran kadar semasa harga minyak dunia.
“Kita bimbang
kesilapan kali ini mengulangi kesilapan yang lepas dan akibat daripada
itu negara dan rakyat menanggung beban dan sekali lagi diumumkan
penstrukturan semula bajet.
“Najib mesti memanggil sidang khas
Parlimen supaya isu ini dibahas dan dihujah sebaiknya supaya kesilapan
tidak berlaku dan tidak menjejaskan sumber pendapatan negara,”katanya.
Beliau turut mempersoalkan kaedah Najib memgurangkan perbelanjaan
negara dengan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
boleh menjimatkan kos sejumlah RM400 juta, “Bagi saya jika Najib percaya
dengan menangguhkan boleh menjimatkan maka adalah lebih baik dan tepat
sekali untuk kerajaan memansuhkan terus program tersebut,” katanya.
Begitu juga dengan tarif elektrik yang bukan sahaja sepatutnya tidak
dinaikkan tetapi perlu memberi diskaun sejumlah 15 sehingga 20 peratus.
“Ini wajar dilakukan ke rana harga minyak dan arang yang digunakan oleh Penjana Kuasa Bebas IPP, telah berkurangan,”katanya.
PAS kecewa dengan sikap Najib yang tidak mengendahkan masalah yang
dihadapi penoreh getah yang sepatutnya dibela dan diberi perhatian oleh
kerajaan dalam penstrukturan semula Bajet 2015.
Dalam isu
penjimatan Mahfuz turut membangkitkan saiz kabinet yang terlalu besar
dan berlaku pertindihan yang menyukarkan tugas selain menambah kos
tanggungan kerajaan.
Najib umum bajet ‘kaki lima jalan’
Written By Unknown on Wednesday, 21 January 2015 | 16:56
Labels:
Berita
Post a Comment