Headlines News :
Home » » Adakah Sirul telah lama merancang pemergiannya ke Australia?

Adakah Sirul telah lama merancang pemergiannya ke Australia?

Written By Unknown on Tuesday, 20 January 2015 | 11:19

Oleh Cecilia Jeyanthi Victor 


Ada beberapa negara yang memiliki undang-undang aneh dan salah satunya ialah Australia. Negara itu enggan mengarahkan ekstradisi bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Alasan yang berikan Canberra ialah undang-undang ekstradisinya tidak membenarkan seseorang diserahkan bagi kesalahan yang membawa hukuman mati melainkan negara itu memberi jaminan kepada Australia hukuman tidak akan dijalankan.

Adakah itu sebabnya mengapa Siruk melarikan diri ke Australia selepas dia bersama-sama Ketua Inspektor Azilah Hadri dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 lalu?

Mengapa Australia memiliki undang-undang yang melindungi penjenayah?

Mungkin Sirul telah membaca undang-undang ekstradisi Australia atau seseorang memberitahunya. Jadi dia terus ke sana kerana sedar tidak akan dihantar pulang selagi dia berhadapan hukuman mati.
Alasan yang diberi Sirul ialah dia tiada wang membeli tiket kapalterbang ke Malaysia.

Australia pernah menjadi tanah penempatan penjenayah sekitar kurun ke-18, jadi Sirul kini “selamat” daripada hukuman bagi jenayah yang dilakukannya pada 2006.

Tentu sekali kita tertanya samada terdapat pihak ketiga yang telibat di dalam merancang pemergiannya ke Australia.

Dalam pada itu Perdana Menteri Australia Tony Abbot menentang keras hukuman mati.

“Australia menentang hukuman mati. Kami menentang hukuman mati ke atas warga Australia di luar dan dalam negeri,” kata beliau ketika mengulas tindakan Presiden Indonesia Joko Widodo yang tidak mengampunkan warga Australia Myuran Sukumaran yang berdepan hukuman mati akibat kesalahan mengedar dadah.

Sukumaran dan rakan senegara Andrew Chan dikenakan hukuman bagi kesalahan pada tahun 2005 kerana membawa dadah seberat 8kg.

Canberra bertarung menyelamatkan nyawa Sukumaran dan Chan dari skuad penembak di penjara Kerobokan Bali. Mereka dijangka ditembak mati pada 18 Januari ini.

Australia memiliki hujahnya tidak membenarkan ekstradisi Sirul kerana ternyata keputusan itu telah lama diamalkannya.

Pada 2009, Sirul dan Azilah daripada Unit Tindakan Khas didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Cherakah Klang pada Oktober 2006.

Wanita Mongolia itu ditembak dua kali dan tubuhnya diletupkan dengan bahan peledak C4.
http://bm.theantdaily.com
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat