Aneh sekali apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bersetuju bahawa walaupun ahli Umno sekarang dilihat lantang bersuara, mereka sebenarnya tidak mampu mengkritik apatah lagi menjatuhkan presiden sedia ada.
Tentu Mahathir
dijangkiti sindrom “Melayu mudah lupa” kerana bukankah beliau yang
memulakan langkah menyingkir penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi
daripada tampuk kuasa.
Dan bukankah ahli-ahli Umno telah bersuara agar Pak Lah berundur bagi digantikan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Mungkin perkara tersebut terlepas daripada pandangan Mahathir, yang
kadang-kala ingin melihat apa yang ingin dilihatnya sahaja.
Beliau dipetik berkata perkara tersebut di dalam laporan berita
selepas disoal berhubung dakwaan bekas ketua pengarang New Straits
Times (NST) Datuk A. Kadir Jasin bahawa ahli Umno tidak lagi berani
menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.
Buat masa ini, Mahathir didakwa berpendapat bahawa budaya Umno ialah bagi menyokong pemimpin-pemimpinnya tanpa banyak soal.
Mungkin juga pendapat ini tercetus selepas kritikan beliau
terhadapNajib tidak diberi perhatian, walaupun Mahathir mengumumkan
bahawa Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan beliau.
Barangkali masih ada ahli Umno yang lantang bersuara, jika mendapat pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu?
Tetapi anehnya, Tun M sendiri mungkin mencetus budaya di mana ahli Umno menyokong pemimpin tanpa banyak bicara.
Pertama, apabila veteran Umno, kebanyakannya guru dan penjawat awam
mula menyuarakan pendapat, mereka dikenakan larangan berpolitik
terhadap penjawat awam. Mereka lantas diketepikan.
Kemudian, para aktivis dan ahli politik yang lantang bersuara dikenakan tahanan di bawah peruntukan pelbagai undang-undang.
Di zaman Mahathir, ramai pemimpin yang sedang meningkat naik
mendapati diri mereka tersepit. Malah jawatan timbalan perdana menteri
merupakan ‘kerusi panas’ yang tidak lama diduduki.
Tun Musa Hitam, allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Pak Lah.
Mahathir mungkin perdana menteri paling ramai timbalan dalam sejarah Malaysia, sepanjang 22 tahun menerajui kerajaan.
Mungkinkah itu menjadikan Umno parti ‘pak turut’? Bayangkan seorang
pemimpin yang lama memerintah sambil yang lain-lain hanya mengikut
kehendaknya.
Walaupun sudah bersara, doktor itu masih mahu pihak lain mengikut kemahuannya, pertama Pak Lah dan kini Najib.
Mahathir hari ini mengkritik parti yang beliau sendiri musnahkan dan
bina kembali mengikut selera serta ciri-ciri yang disemainya.
Malah Umno tidak lagi wujud sebenarnya. Ia Umno Baru atau Umno B. Ia menggunakan helah perundangan bagi kekal beroperasi.
Ada yang berkata helah ini bagi menghentikan pemimpin ditumbangkan
melalui proses pengundian. Lantas parti Umno Lama diharamkan -
bm.theantdaily.com
Post a Comment