Oleh MOHD BUKHARI MANSIN
Selesai sudah kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor, semoga semua
parti dalam Pakatan Rakyat dapat berlapang dada menerimanya.
Fokus
kini pada membela nasib rakyat. Saya kira dengan pelaksanaan GST pada
April tahun depan, ekonomi rakyat akan sedikit sesak nafasnya. Parti
politik seperti Pakatan Rakyat perlu membulatkan tenaga untuk terus
mengasak Kerajaan untuk menangguhkan GST kerana masanya tidak sesuai.
Saya
faham GST ada kebaikannya, namun perlu dilihat secara lebih menyeluruh
soal ketelusan, amanah dan tiada rasuah serta penyelewangan dana
kerajaan untuk rakyat sebelum melaksanakn GST.
Belanjawan
kerajaan Malaysia sudah banyak tahun mengalami defisit. Dalam keadaan
seperti itupun, belanja mengurus pada setiap tahun meningkat. Ada
peningkatannya sehingga 8 peratus.
Soalnya, pada setiap kenaikan
belanja mengurus itu, gaji rakyat kebanyakan tidak juga meningkat
dengan baik. Di sini yang kita hairan, kemana duit itu dibelanjakan dan
dikeluarkan. Rakyat bertanya, namun jawapan kadang kadang diberi agak
mengecewakan.
Laporan audit negara setiap tahun mengalami
kebocoran dan ketirisan yang bukan sedikit. Beberapa tahun dahulu saya
masih ingat, beberapa bulan selepas bajet dibentang, ada sebuah
kementerian memohon bajet tambahan beberapa belas billion. Cepatnya duit
habis!!
Saya menonton berita di TV3, wartawan mewawancara
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkenaan pelaksanaan
GST, Gabenor Bank itu menjawab, kadar inflasi akan naik berkadar 3.1%
hingga 3.2% dan akan mengambil masa untuk pulih dalam kadar 1-2 tahun.
Dalam
keadaan seperti ini, rakyat perlu dbekalkan dengan "human empowerment"
untuk menangani kadar inflasi, pengetahuan tentang soal pengurusan
kewangan perlu didedahkan. Yang paling merisaukan ialah anak muda yang
menanggung beban.
Penulis ialah mahasiswa fakulti Usul Fiqah.
Home »
Surat Pembaca
» Anak muda risau tanggung beban GST
Anak muda risau tanggung beban GST
Written By Editor Bebas on Friday, 3 October 2014 | 23:06
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment