SEPANG: Hanya dua lagi warga Malaysia yang terbabit
dalam tragedi pesawat MH17 belum dikenal pasti atau dijumpai, kata Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Kedua-duanya ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, Puan Sri Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun
dan Shaliza Zaini Dewa, 45.
Menteri Pertahanan berkata, memandangkan hanya dua lagi warga negara
Malaysia yang belum dikenal pasti atau dijumpai, bermakna agensi yang
hendak masuk ke kawasan nahas sebelum musim sejuk tidak terdesak seperti
dulu.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia menyerahkan kepada Belanda dan
Australia untuk membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk masuk
semula ke tapak nahas di timur Ukraine.
"Kita serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk mempertimbangkan
sama ada wajar atau tidak untuk mengambil risiko masuk semula di tapak
nahas.
"Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan
lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai,"
katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada
lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini, beliau
berkata ini kerana usaha memasuki lokasi nahas tidak boleh dilakukan
secara unilateral.
Hishammuddin berkata, risikonya bukan sekadar di kawasan tapi perjalanan ke kawasan nahas itu pun masih bergolak.
"Biar mereka (Australia dan Belanda) membuat keputusan bersama kita,
bila agaknya kita boleh kembali ke lokasi nahas memandangkan risiko
kawasan pertempuran sekarang ini boleh menjejaskan pasukan keselamatan
ketiga-tiga negara ini," katanya.
MH17: Hanya Dua Lagi Rakyat Malaysia Belum 'Pulang'
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 00:00
Labels:
Berita
Post a Comment