KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan
trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena
sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan
terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang
ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza
Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak.
"Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Esok (Sabtu) trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang
bertolak kekampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika
dihubungi Bernama pada Jumaat.
Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka
mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh
raya itu.
"Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor
sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar,"
katanya.
Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban,
dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke
Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti
biasa, katanya.
Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesakdi
Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke
Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan.
"Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing
tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya.
Beberapa Lebuh Raya Sesak Sempena Sambutan Aidiladha
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 00:03
Labels:
Berita
Post a Comment