Oleh Md Izwan
R
amalan pakar ekonomi dunia Dr Frederico Gil Sander pada Oktober tahun lepas akhirnya
menjadi kenyataan apabila sekali lagi kerajaan menaikkan harga minyak
semalam. Kelihatannya “Langkah Minyak Najib” ini lagi buruk kesannya
daripada “Langkah Kajang Anwar”.
Memburukkan lagi keadaan
adalah "minyak rakyat" atau RON95 yang dinaikkan. Kita sedia ketahui
minyak ini paling murah jika dibandingkan dengan RON97.
Jadi persoalan di sini mengapa "minyak rakyat" ini dinaikkan ketika harga pasaran minyak dunia jatuh?
Suatu ketika dahulu, bukankah kerajaan sendiri berjanji harga
minyak di dalam negara ditentukan oleh pasaran dunia, nampaknya sekali
lagi janji tidak ditepati, slogan dicapati.
Tren penurunan harga
minyak untuk setiap tong konsisten sepanjang tiga tahun ini, malah
jatuh bawah paras AS$93 setong baru-baru ini.
Negara pengeluar minyak dunia, Arab Saudi juga bimbang dengan keadaan harga minyak global ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan India yang United Kingdom yang mengambil
langkah menurunkan harga minyak mereka, kerajaan nampaknya gembira
pula untuk menaikkan harga minyak.
Oleh itu, kita tidak dengar
lagi hujah-hujah daripada pakar atau menteri mengatakan harga pasaran
minyak dunia naik untuk menyokong langkah kerajaan menaikkan minyak.
Bagi saya, langkah menaikkan harga minyak adalah jalan mudah untuk
menjanakan pendapatan kerajaan. Kita juga sedia ketahui Petronas adalah
penyumbang utama hasil kepada pendapatan kerajaan setiap tahun.
Petronas adalah pembayar cukai tunggal terbesar di Malaysia dan hasil
sumber terbesar, meliputi sebanyak 45% daripada bajet kerajaan, maka
apabila minyak naik, pendapatan yang akan diperoleh juga naik.
Menjelang pembentangan Bajet 2015 ini, signifikannya kenaikkan harga
minyak ini nampaknya bertujuan untuk menampung belanja kerajaan.
Malah, pemberian tunai BR1M yang dikatakan sebagai gula-gula politik juga akan dinaikkan lagi kali ini.
Ini adalah pemberian kali ketiga. Pada awalnya kerajaan mengatakan ia
bertujuan membantu rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka tetapi
selepas harga minyak naik, saya tidak tahu sama ada hujah itu masih
relevan atau tidak.
Selama tiga pusingan, apakah bukti BR1M ini
betul memanfaatkan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara? Adakah
kerajaan mempunyai data?
Tidak ada gunanya jika sekali memberi wang tunai tapi inflasi naik dan yang menerima tempiasnya adalah rakyat.
Jika berbalik semula kepada belanja kerajaan, pembentangan bajet nanti
hanya di atas kertas sahaja tetapi yang tidak berada dalam kertas
adalah kerugian daripada ketirisan saban tahun dilaporkan dalam Laporan
Audit Negara.
Seperti orang ramai lain, kita pasti tertanya adakah tiada dana dalam kantung negara?
Baru-baru ini kita sedia tahu dimana syarikat pelaburan negara rugi
1MDB RM38 bilion, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
juga bersuara dalam isu ini.
Pada September tahun lepas,
selepas petrol dinaikkan juga 20 sen, pihak kerajaan berkata mereka
dapat menjimatkan RM3.3 bilion setahun.
Jika dibandingkan
dengan RM3.3 bilion setahun dan kerugian oleh 1MDB sebanyak RM38
bilion, berlipat kali ganda sebenarnya bantuan boleh diberikan kepada
rakyat.
Mengapa perlu terlalu kedekut untuk membantu rakyat,
tapi dengan senang membela syarikat yang tidak membuat untung. Adakah
ini kerana demi rakan dan kroni yang rapat dengan kerajaan?
Itu baru perkiraan melibatkan 1MDB, bagaimana pula dengan syarikat
penerbangan negara MAS yang juga perlu diselamatkan daripada rugi?
“Langkah Minyak Najib” ini lebih buruk daripada “Langkah Kajang”,
belum sempat rakyat menyambut Hari Raya Aidiladha tapi mereka sudah
dikorbankan.
Mungkin menteri ini tidak hidup bersama rakyat,
tidak minum teh di mamak, mereka bersarapan dan makan malam dihidangkan
oleh orang gaji. Mereka tidak tahu keperitan yang dialami rakyat
bawahan ini.
Untuk Najib, langkah menaikkan harga minyak ini
bukan jalan terbaik pada ketika tahun depan rakyat akan berdepan tahun
mencabar, tahun dimana cukai GST akan dikenakan.
Janganlah kata rakyat sahaja perlu berjimat tapi tidak pula kerajaan.
Selamat Hari Raya Aidiladha rakyat Malaysia, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.
‘Langkah Minyak Najib’ lagi buruk daripada ‘Langkah Kajang’
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 01:19
Labels:
Pendapat
Post a Comment