Headlines News :
Home » » Kenaikan harga minyak bukti dana negara kritikal

Kenaikan harga minyak bukti dana negara kritikal

Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 01:15

Oleh Fariz Musa 

Berkuatkuasa 2 Oktober 2014, rakyat digemparkan dengan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Penyelarasan harga menyebabkan RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20 dengan alasan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen, sepertimana  diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Jingga 13 Malaysia menganggap kerajaan sudah semakin "sasau dan tidak siuman" apabila bertindak menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sedangkan ketika ini harga petrol dunia telah turun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014.
Malah beberapa negara termasuk India dan United Kingdom telah mengambil langkah menurunkan harga petrol.

Langkah kerajaan menaikkan petrol dan diesel adalah satu tindakan tidak masuk akal dengan alasan dangkal.

Gula-gula dengan janji menaikkan BR1M dalam Bajet 2015 tidak akan mampu menyelesaikan masalah jangka panjang rakyat yang sudah pasti mendapat kesan yang tidak akan mampu dikawal daripada kenaikan kos sara hidup, khususnya golongan berpendapatan rendah, sederhana dan fakir miskin.

Walau apa pun insentif dan bantuan disediakan kerajaan, kononnya bertujuan meringankan bebanan rakyat, hanyalah bersifat retorik dan menyedapkan hati rakyat sedangkan kerajaan sudah pasti tidak akan dapat mampu menghalang kenaikan makanan dan keperluan hidup yang bakal berdepan dengan kenaikan berantai.

Kenaikan petrol, diesel dan LPG adalah bukti Datuk Seri Najib Razak merangkap Menteri Kewangan telah gagal dalam mengurustadbir kewangan dan ekonomi negara sehingga terpaksa mengambil tindakan drastik sedemikian rupa.

Jingga 13 Malaysia percaya tindakan ini membuktikan dana negara semakin kritikal ekoran sikap boros, pembaziran, ketirisan, rasuah dan penyelewengan oleh kerajaan Umno-BN.

Jingga 13 Malaysia menghasut seluruh rakyat Malaysia secara solidariti membantah kenaikan petrol RON95 dan diesel, apatah lagi RON95 adalah petrol yang digunakan oleh majoriti rakyat marhean.
Dasar rasionalisasi subsidi kerajaan adalah tidak rasional dan relevan, tetapi menjadi dasar menghisap darah rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, sederhana dan fakir miskin. –
* Penulis merupakan Ketua Koordinator, pergerakan Jingga 13 Malaysia.

Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat