Oleh Edy Noor Reduan
T
indakan
kerajaan menaikan harga bahan api sebanyak 20sen bermula tengah malam
tadi bakal menyebabkan kehidupan rakyat lebih sengsara. Kenaikan ini
juga mendorong kesan berantai
kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tidak mungkin mampu
dikawal. Ini adalah satu rompakan terbuka kerajaan Malaysia terhadap
rakyatnya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini
menggesa rakyat seluruh negara khususnya anak muda agar menunjukkan
protes secara ampuh. Kerajaan hari ini sekali lagi mencabar kesabaran
rakyat dan kita tidak harus berdiam diri kerana kesulitan lebih besar
menanti di hadapan.
SAMM sudah menjangka kenaikan
harga petrol dan diesel ini. Ia adalah persediaan kerajaan untuk
mengaut untung yang lebih besar dengan perlaksanaan GST. Malah harga
komoditi petrol itu sendiri akan meningkat lebih 15sen seliter dari
RM2.30 menjadi RM2.45 selepas GST dilancar (1 April 2015).
Ketika ini juga harga petrol dunia menurun sebanyak lebih 25%
sejak Mac 2014. Banyak negara termasuklah India dan United Kingdom
mengambil langkah menurunkan harga petrol. Tiada alasan untuk harga
minyak tempatan dinaikkan.
Namun di Malaysia, kerajaan sengaja
membiarkan harga barangan melambung. Sifirnya, lebih tinggi harga
barang/perkhidmatan maka lebih tinggi cukai GST yang dikutip. Lebih
tinggi perbelanjaan isi rumah akibat dari kenaikan harga bahan api,
lebih banyak GST masuk kantung kerajaan.
Masihkah kita ingat
bagaimana seorang perdana menteri merayu supaya diberikan peluang untuk
memerintah sepenggal lagi? Masihkah kita ingat janjinya untuk tidak
menaikkan harga bahan api walaupun harga minyak dunia melambung?
Malangnya, walaupun ketika harga minyak global menurun, kerajaan
menaikkan harga minyak domestik sebanyak 40 sen semenjak kekal
memerintah lepas PRU13.
Justeru itu, SAMM bermula dari malam
tadi melancarkan flashmob di beberapa lokasi dan akan terus menyusun
lebih banyak flashmob di seluruh negara. Satu perhimpunan besar-besaran
membantah kenaikan harga petrol "demi GST" akan menggegar tanahair.
Anak muda harus bersedia dan menyambut gerakan murni ini.
* Penulis ialah Pengarah Propaganda.
* Beliau juga adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Kenaikan harga petrol adalah demi keuntungan berganda GST
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 01:23
Labels:
Artikel
Post a Comment