Oleh DATO' HUSAM MUSA, Naib Presiden PAS
Pengumuman
Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK
Cempaka
membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah
menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya
Sekaligus
membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.
Selepas
pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan
yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan
- adalah benar. Alhamdulillah.
Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN,
isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan
misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap
memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.
Saya tidak
nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu
kenegaraan yang besar seperti 1 MDB dan isu jenayah seperti Altantuya.
Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek utk
menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit
Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada
perpaduan ummah atau negara.
Umno tak letak calon, 1MDB dan pembunuhan Altantuya
Written By Unknown on Thursday, 26 February 2015 | 14:49
Labels:
Artikel
Post a Comment