BEIJING . – Pengunjung Zoo Hidupan Liar Lehe Ledu yang terletak di
Chongqing di negara ini, berpeluang merasai pengalaman unik apabila
berkesempatan bersiar-siar di taman zoo yang dikelilingi hidupan liar
secara dekat.
Menurut laman web Oddity Central, pengalaman
mendebarkan itu membolehkan pengunjung melihat hidupan dalam jarak dekat
dengan menaiki sebuah trak yang dipasang kurungan besi.
Perkhidmatan itu terbukti menarik ramai pengunjung apabila tiket untuk
memasuki zoo tersebut habis dijual untuk tempoh tiga bulan akan datang.
Walaupun hanya membayar tiket untuk berada di dalam kurungan, namun
pengalaman itu merupakan sesuatu yang berbeza kepada pengunjung.
Malah, untuk mendapatkan pengalaman yang lebih
menarik, ketulan daging mentah turut digantung di luar kurungan
semata-mata untuk menarik perhatian binatang di zoo berkenaan untuk
mendekati pengunjung.
“Kami mahu pengunjung ke zoo ini seronok apabila ‘disapa’ hidupan liar.
“Walaupun berada dalam kurungan, pengunjung berpeluang mendekati
binatang buas dan semestinya tidak memberi risiko kepada mereka,” ujar
jurucakap Zoo, Chan Liang.
Katanya, pengunjung bagaimanapun diberi amaran supaya tidak mengeluarkan tangan sepanjang lawatan
Post a Comment