PERISTIWA banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung
tanah air pada ketika ini menunjukkan tanda kekuasaan dan Allah SWT Yang
Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu.
Walau bagaimanapun, semua
bentuk bencana atau musibah yang melanda, pada hakikatnya memiliki
peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Selain itu, musibah juga
merupakan peringatan daripada Allah S.W.T, sebagai ujian keimanan dan
setiap musibah itu tidak selamanya tanda kemurkaan Allah SWT.
Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada setiap peristiwa yang
terjadi. Oleh itu, siapapun yang dilanda musibah ataupun melihat musibah
hendaklah merenungkan tuntunan Islam dalam terjadinya musibah.
Setiap
orang harus beriman dengan ketetapan Allah sehingga wajib menerima
ketentuan Allah tersebut dengan hati yang tenang dan berlapang dada
MOHAMAD ARIFF DZOLKIPLE
Universiti Sains Islam Malaysia
Home »
Surat Pembaca
» Kekuatan, keampunan di sebalik musibah
Kekuatan, keampunan di sebalik musibah
Written By Unknown on Monday, 12 January 2015 | 16:42
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment