KUALA
LUMPUR, - Kejatuhan harga minyak mentah secara berterusan di
pasaran minyak dunia bakal memberi kesan kejatuhan harga minyak negara.
Menurut sumber dalaman, harga minyak kita bakal turun lagi pada 1
Februari ini. Kali ini harga minyak dijangka bakal mencecah RM 1.70
pula.
Bagi
pengusaha stesen minyak, mereka menjangkakan harga minyak bakal mencecah
RM 1.60. Harga minyak mentah dunia hari ini terus jatuh kebawah paras
terendah sejak enam tahun lalu iaitu bawah $ 50 setong.
Harga
setong penanda aras kawasan Brent menurun sebanyak 5% kepada $47,75,
paras terendah sejak awal tahun 2009. Minyak mentah Amerika Syarikat
juga di peringkat yang paling rendah sejak masa itu, turun sebanyak 4.1%
kepada $ 46,33 setong berikutan kilang penapisan di Philadelphia dan
Ohio di negara tersebut mengalami kebakaran teruk pada hujung minggu
lalu mengurangkan permintaan kepada minyak mentah di negara tersebut.
Menurut
Goldman Sachs pula harga minyak mentah akan kekal hampir $ 40 untuk
kebanyakan separuh pertama tahun ini. Harga pelaburan dalam industri gas
syal AS akan mula naik selepas tiga bulan tersebut.
Sebagai
rujukan, harga minyak kini telah jatuh teruk lebih daripada separuh
sejak Jun 2014 lalu dimana harganya adalah $110 setong. Pengeluaran
minyak Amerika Utara telah meningkatkan bekalan minyak dan gas. Ini yang
mendorong penurunan harga.
Kesan dari penurunan harga minyak ini telah
memperlahankan ekonomi global dan permintaan matawanag Dolar yang
semakin meningkat terhadap pelbagai mata wang lain.
Post a Comment