Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim)
menyifatkan adegan mesra antara gadis bertudung yang didakwa "obses"
dengan artis K-Pop pada Sabtu lalu "sangat memalukan dan satu perlakuan
yang tidak senonoh" kepada masyarakat umum.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata perlakuan itu boleh dijangka berlaku dalam konsert seumpama itu.
"Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh
melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya,"
kata Othman dalam satu kenyataan.
"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas
tangan dengan apa yang berlaku," katanya sambil menyeru mana-mana
penganjur bertanggungjawab serius mempertimbangkan baik buruk sesuatu
penganjuran aktiviti.
Pihak berkuasa agama itu mengulas aksi gadis bertudung yang dilapor berpelukan dengan kumpulan artis lelaki Korea B1A4 di atas pentas sehingga mencetuskan cemuhan banyak pihak.
Penganjur memohon maaf
jika laporan berkaitan di media menyebabkan masalah kepada artis dan
peminat serta berikrar akan memastikan faktor agama dan budaya diambil
berat.
Othman berkata konsert pada Sabtu itu sama sekali tidak dirujuk kepada
mereka dan mempersoalkan sejauh mana garis panduan yang dikeluarkan
mereka pada 2007 dirujuk.
Arah JAWI bertindak
Jakim juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan yang sewajarnya.
Othman juga berkata, beliau difahamkan bahawa Jawatankuasa Agensi Pusat
Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)
akan memanggil pihak penganjur berhubung isu itu.
Pada masa yang sama, beliau menyeru agar pemuda dan pemudi menjaga
akhlak dan harga diri dengan tidak membiarkan diperlakukan apa sahaja
oleh artis yang disanjung.
"Secara dasarnya bagi Jakim sebagaimana yang dikehendaki tuntutan agama,
mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islami,
tatasusila dan budaya negara ini tidak wajar dibenarkan.
"Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang
bertentangan dengan syarak dan boleh menjelekkan pandangan masyarakat
umum.
“Sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu," katanya.
K-pop: Memalukan, tak senonoh
Written By Editor Bebas on Monday, 12 January 2015 | 15:18
Labels:
Berita
Post a Comment