Oleh Joe Leong
Pelbagai keajaiban berlaku di Malaysia, dan hanya
Malaysia. Pada 16 Jan, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan
dengan ketua bahagian di ibupejabat parti di Kuala Lumpur membincangkan
persediaan bagi Pilihanraya Umum akan datang.
Laporan Bernama
menyebut, ia perjumpaan pertama dengan Perdana Menteri dan Presiden
parti itu yang selalu bergilir dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin
Yassin dalam mempengerusi mensyuarat. Ketua Umno bahagian Bukit Gantang
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilaporkan berkata ianya
berjalan secara biasa. Ibupejabat Umno katanya kini bertindak agrresif
membuat persiapan awal bagi pilihanraya.
Jadi piliharaya umum
lambat lagi. Kita baru memasuki tahun kedua di dalam penggal lima tahun
yang ada bagi sessi parlimen. PRU14 masih lambat lagi tetapi mengapa
Umno agresif melakukan persiapan awal?
Adakah ia indikasi Umno
Baru kurang yakin mengekal kuasa? Jika tidak mengapa tergesa-gesa?
Adakah terdapat tanda parti dominan di dalam Barisan Nasional ini
menghadapi kemelut dalaman? Dilaporkan pada mesyuarat pertama itu,
masalah akar umbi dibincangkan selain sistem penghantaran yang perlu
dipertingkat.
Apapun alasan yang menyebabkan ia dilakukan
sebenarnya kurang mustahak. Apa yang lebih penting ialah tempoh lima
tahun yang ada perlu digunakan bagi menepati pelbagai janji yang dibuat
kepada pengundi sebelum pilihanraya umum lalu.
Jangan sampai
Umno dan parti komponen lain lupa, dalam menifesto mereka akan
menerangkan tentang pelbagai perkara. Ia mencari mandat agar membawa
Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Soalnya, adakah Malaysia telah
sampai ke peringkat yang diingini sejak PRU13? Atau nasib negara telah
semakin merudumkah?
Jawapannya jelas… ada tiga nahas udara
melibatkan Malaysia, bencana banjir besar, pengurangan bagi bajet 2015.
Dalam pengantar bagi manifesto BN, Najib menjelaskan mandat yang dicari
bagi “bergerak ke hadapan dan bukan mengundur, tentang perpaduan,
kestabilan, keharmonian dan kekayaan.”
Bagus, tetapi realitinya rakyat Malaysia tidak melihat negara bergerak ke hadapan; sebaliknya ke arah bertentangan.
Bagi harapan kekayaan pula, harapan BN tampak sukar digapai, dengan
perlaksanaan GST pada April ini. Kerajaan dijangka kurang berbelanja dan
banjir mengakibatkan lebih banyak keperluan kewangan. Harga petrol pula
susut teruk.
Beban kewangan turut dipikul Syarikat Penerbangan
Malaysia MAS serta penerbangan tambang murah AirAsia. Ini ditambah pula
kegawatan ekonomi yang memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan
dan dagangan asing.
Situasinya kritikal dan Umno dan sekutunya
berdepan tugas berat bagi memastikan mereka menunaikan janji yang
ditabur kepada rakyat.
Namun adakalanya BN tidak menghormati
janjinya dan bertindak sembrono. Dari segi perkongsian kuasa, BN
menjelaskan pada manifestonya bahawa ia gabungan yang telah diuji.
“segala pandangan akan didengari,” dakwanya.
Namun amalannya
ternyata berbeza. Tanya sahaja Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, presiden
Parti Bersatu Sabah (PBS), dan tentu beliau mengesahkan partinya pernah
mengalami pengalaman pahit tahun lalu apabila semangat konsensus tidak
dipedulikan pucuk pimpinan BN.
Beliau dan ahli PBS membantah
keras Adun Luyang Dr Hiew King Sheu menyertai BN melalui MCA selepas
keluar DAP. Pairin pada 18 Jun mendakwa semangat konsensus di dalam
mencapai keputusan perlu diikuti dan memberi amaran, jika tidak
dilakukan, BN bakal berpecah.
BN tidak mendengar suaranya. Janji tidak ditepati. Hiew diambil MCA walaupun ditentang PBS.
Di bawah slogan “Bergerak dalam Kesederhanaan”, BN menjanjikan “formula perkongsian yang berkesan”. Baik dan bagus.
Pada 12 Jan, Datuk Dr Maximus Ongkili, timbalan presiden PBS membuat
kenyataan konsep yang diamalkan BN Sabah perlu diterapkan dan bukan
sekadar retorik.
Ongkili, yang juga Menteri Teknologi Hijau dan
Air, menjelaskan penyokong dan ahli PBS tak gemar diketepikan di dalam
mencapai keputusan di dalam BN negeri. Lagi satu janji yang gagal
ditepati.
BN juga menjanjikan jalan bertar sepanjang 2,500km di
Sabah dan sepanjang 2,800km din Sarawak; pemberian tunai dan dana
operasi melebihi 20% bagi minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak,
Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dengan penurunan harga minyak
dan potongan perbelanjaan kerajaan tahun ini, nampak sukar segalanya
dipenuhu dan ia satu lagi janji di dalam manifestonya.
Jadi
mungkin tiba masa Umno dan rakan-rakan Barisan Nasional menilai janjinya
dan secara realistik, melihat samada mereka mampu menepatinya.
BN perlu tunjukkan ketelusan dan kejujuran. Dedahkan kepada umum
kajisemula pertengahan penggal manifestonya dan beritahu rakyat
prestasinya. Jangan bicara soal persediaan PRU seterusnya buat masa ini.
Laksana dahulu usaha memenuhi janjimu sebelum PRU13 dua tahun lalu.
Rakyat Malaysia tak akan melayan omongan kosong.
Joseph Leong Sai Ho tinggal dan bertugas di Sabah sejak 1966
Umno bersedia untuk PRU14? Tepati janji dahulu!
Written By Unknown on Sunday, 25 January 2015 | 16:36
Labels:
Artikel
Post a Comment