Oleh JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK
KETIKA saat umat Muslim hendak menyambut Hari Raya Qurban atau lebih dikenali sebagai Idul
Adha tiba-tiba dikejutkan dengan kenaikan harga petrol RON95 dan
diesel naik sebanyak 20 sen seliter. Pada 2 September 2013 yang lalu
harga RON95 dan diesel pun naik sebanyak 20 sen.
Sekarang
sekali lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel
dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2
Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol
RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Harga pasaran
bagi petrol RON95 pada sebelum ini ialah RM2.58 seliter dan harga
diesel RM2.52 seliter.
Apabila harga petrol naik sudah pasti
kos barangan keperluan lain juga akan meningkat disebabkan oleh
pengurusan rantaian bekalan (SCM) iaitu pengurusan aliran barangan. Ia
termasuk pergerakan dan penyimpanan bahan mentah, inventori kerja dalam
proses dan barangan siap dari tempat asal ke titik penggunaan, saling
berhubungan atau rangkaian saling berkaitan, saluran dan perniagaan nod
terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna akhir dalam rantaian bekalan.
Dari sinilah ianya
melibatkan kos semua barangan yang hendak dihantar kepada pengguna.
Untuk sampai kepada pengguna, pihak pengilang terpaksa mengguna
pengangkutan yang melibat kos petrol yang digunakan oleh kenderaan
pengangkutan. Secara tidak langsung semua harga barang keperluan pasti
akan naik disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel.
Begitu
juga kos pengangkutan ke luar bandar dan nasib penduduk kampung yang
masih menggunakan generator untuk menghidupkan bekalan elektrik yang
terpaksa menggunakan petrol dan diesel pasti akan terkesan dengan
kenaikan harga petrol ini. Bukan semua penduduk di luar bandar di
Sarawak menikmati bekalan elektrik.
Belum pernah kita melihat pihak kerajaan menurunkan harga petrol RON95 dan diesel apabila harga pasaran antarabangsa turun.
Walaupun
BR1M mungkin dinaikkan, belum tentu semua pihak yang akan menikmati
hasil pemberian tersebut, sedangkan dengan kenaikan harga petrol, semua
akan terkesan kecuali mereka yang kaya raya serta ada kemudahan elaun
seperti para menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Rakyat
jadi korban akibat kenaikan harga petrol ini kerana ini bukan masanya
menaikan harga petrol ketika rakyat menghadapi inflasi yang boleh
menyebabkan rakyat akan terus menangung hutang yang berpanjangan.
Kita
menggesa pihak kerajaan mengkaji semula kesan dari kenaikan harga
petrol ini kepada rakyat lebih-lebih lagi yang berpendapatan kecil dan
juga pengguna di luar bandar.
Petrol naik lagi, rakyat jadi korban
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 02:52
Labels:
Pendapat
Post a Comment