PETALING JAYA:Pelakon Fizo Omar menjelaskan, beliau
berpandangan positif terhadap isu kenaikan harga minyak kerana
menyifatkan berita itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha
bagi menambah pendapatan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29 turut mengakui, tiada
niatnya untuk menyokong mana-mana pihak atas kepentingan tertentu.
Malahan, katanya, pandangan itu untuk menaikkan semangat bukan sahaja
dirinya, tetapi juga pembaca untuk terus berusaha meningkatkan taraf
hidup.
"Kenaikan harga minyak bukan berita baik tetapi saya terpaksa
berpandangan positif untuk menaikkan semangat saya sendiri, namun ia
bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak.
"Sebagai rakyat yang turut terjejas, seharusnya kita mencari jalan bagi
meningkatkan usaha dalam menambah pendapatan kerana kita tetap perlu
harungi kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat," ujarnya
ketika menghubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Fizo berkata demikian bagi mengulas pandangan pengikut-pengikutnya di
Instagram yang tidak berpuas hati terhadap statusnya sebelum ini yang
menyokong isu kenaikan harga minyak.
Rata-rata pengikutnya menganggap kenyataan pelakon itu sebagai
mementingkan diri sendiri kerana tidak melihat kesan isu tersebut kepada
golongan berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, Fizo berkata, sebagai golongan yang berpendapatan
sederhana yang turut menjalankan perniagaan, dia juga turut terjejas
dengan kenaikan tersebut.
"Sebagai orang yang berniaga saya lebih terjejas kerana terpaksa fikir
tentang produk, pekerja dan berbagai perkara yang terpaksa meningkat
kesan kenaikan ini.
"Namun jika saya berfikiran negetif dan mengeluarkan status yang
bukan-bukan ianya tidak akan mengubah keputusan terhadap kenaikan minyak
ini. Pada saya lebih baik kita fokus dan fikir bagaimana untuk menambah
pendapatan," ujarnya.
Kenaikan Harga Minyak 'Bakar' Semangat Fizo Omar
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 00:37
Labels:
Hiburan
Post a Comment