Oleh NIK NASRI NIK MALEK
Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.
Hadis
Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus
dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin
dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai
sudut.
Kaedah fiqh pula menyebut ‘tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat’.
Namun,
pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi
SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak
jalan juga.
Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah
pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang
Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.
Saya bukan ahli
ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan
buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam
menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel
yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai
kos lain meningkat dan akan meningkat.
Ada orang yang membuat
analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89
seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).
Ia mengalami 17
kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di
saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba
dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel
dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.
Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.
Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.
BR1M
hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat
sementara. Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema:
‘negara tanah naiknya darahku’.
KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA
Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)
Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):
1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – Telegraph UK
2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – Bloomberg
3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall Street
4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan – Reuters UK
5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – The Globe and Mail
6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – Edmonton Journal
7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun – Daily Mail
8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan – Business Week
Home »
Surat Pembaca
» Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun
Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun
Written By Editor Bebas on Friday, 3 October 2014 | 23:28
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment