Oleh LIZA HASAN
MASIH terlalu awal untuk menghakimi kegagalan Al Sisi menerajui Mesir yang dibuat melalui rampasan kuasa.Namun, ketika Al Sisi
bergelar ketua tentera banyak berlaku pencabulan hak asasi di negara
itu termasuk kira-kira 8,000 nyawa terkorban termasuk ulama dan petugas
media dan serta lebih 20,000 penduduk cedera.
Mesir juga
menyaksikan penghapusan kebebasan hak rakyat dengan 44,000 tahanan
politik dipenjarakan. Daripada jumlah itu, seramai 48 adalah wartawan
dan ratusan lagi dikenakan hukuman mati.
Sejak rampasan
kuasa itu juga, Mesir menutup beberapa saluran televisyen dan akhbar.
Negara itu kini muncul sebagai antara 48 negara di seluruh dunia yang
tidak menikmati kebebasan seperti kebebasan media, bersuara, penyertaan
politik, kawalan keselamatan awam, berhimpun secara aman, kebebasan
kehakiman dan undang-undang.
Mesir juga kembali menjadi negara polis dan tentera di mana ia dikawal penuh terhadap semua institusi negara.
Sepanjang 100 hari pemerintahannya, beliau menyusun atur pentadbiran
kerajaan yang menjurus kepada penyekatan hak bersuara, menggabungkan
beberapa wilayah, berkompromi dengan Israel untuk keselamatan di Sinai,
menutup pintu sempadan ketika Israel menyerang Palestin dan mengeratkan
kerjasama ketenteraan dengan Lebanon dan Amerika Syarikat.
Sepanjang tempoh itu jugalah, beliau gagal mengembalikan kepercayaan
rakyat sehingga rakyat makin membenci kerajaan hingga wujud kumpulan
revolusi yang bergerak secara senyap.
Era Mursi
Pada era Mursi, walaupun berlaku 30 bantahan namun tiada satu pun
kematian dilaporkan. Undang-undang bersuara dan mengeluarkan pendapat
awam juga dimansuhkan.
Kecekapan beliau mentadbir turut
merangsang peningkatan jumlah pelancong dengan menerima hampir tujuh
juta pelancong pada separuh tahun pertama iaitu pada 2013 sekali gus
menyuntik pertambahan ekonomi AS$5 juta (RM16 juta).
Tetapi sejak berlaku rampasan kuasa dan pembunuhan beramai-ramai, sektor pelancongan menurun 30 peratus.
Ketika itu juga, rizab minyak asing yang berada pada paras AS$14 juta (RM46 juta ) melonjak ke AS$18.8 juta (RM 61 juta).
Tetapi tidak lama selepas itu, ia jatuh mendadak kepada AS$14.9 juta
(RM48 juta) hanya dalam tempoh sebulan iaitu kira-kira AS$39 juta (RM127
juta) gara-gara kekecohan rampasan kuasa.
Sepanjang
bergelar Presiden, Mursi bertemu dengan ramai pemimpin dunia. Beliau
menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Afrika (AU) dan sambutan diberikan
sangat luar biasa.
Beliau diberi penghormatan duduk di
barisan hadapan berbanding Al Sisi yang hanya layak berada di barisan
ketiga. Tetapi, dua hari selepas rampasan kuasa tentera, Majlis
Keamanan dan Keselamatan AU menggantung keahlian Mesir.
Sejarah menghakimi Mesir
Bagi orang Mesir, ekonomi, keselamatan dan kebebasan peribadi adalah
isu penting yang makin membimbangkan. Tahun lalu, negara itu menyaksikan
pemusnahan kebebasan ini ke tahap yang tidak pernah dilihat dalam
sejarah Mesir.
Ketika Ramadan, ramai menghadapi masalah
kerana kenaikan harga makanan dan pemotongan elektrik yang berterusan
terutama ketika musim panas.
Media juga melaporkan, ratusan
masjid ditutup. Hanya pemegang kad pengenalan warganegara sahaja
dibenarkan masuk ke masjid dan Tarawih juga dikurangkan.
Sekatan
turut dilakukan terhadap program televisyen di mana penduduk hanya
disajikan dengan drama terbitan tempatan dan beberapa siri propaganda
kerajaan.
Mursi mungkin tidak sempurna dan ada membuat
kesilapan, tetapi jutaan rakyat Mesir berterima kasih kepada beliau
kerana telah mengeluarkan mereka dari belenggu pemerintahan kuku besi
yang mereka hadapi sejak 60 tahun lalu.
Mursi vs Al Sisi
Pada 30 Jun 2013, Dataran Rabiatul Adayiah menyaksikan 14 juta
penyokong Presiden yang digulingkan Muhamed Mursi berhimpun selama tiga
hari di sana.
Mereka mendirikan khemah. Mereka bersolat dan mengaji sepanjang tiga. Tangisan dan doa mengiringi sepanjang malam itu.
Tepat jam 12 tengah hari pada 3 Julai, Mursi ditahan. Lapan pesawat tentera berlegar di udara mengisytiharkan rampasan kuasa.
Gelombang manusia memenuhi segenap Kaherah hingga merebak ke
Iskandariah. Pertembungan antara tentera berlaku dengan tembakan meriam,
gas pemedih mata serta peluru hidup. Mayat bergelimpangan, masjid
menjadi perlindungan dan hospital sementara. Mesir huru hara!
Minggu lalu, genap 100 hari pemerintahan Abdel Fattah Al Sisi menjadi Presiden Mesir selepas menggulingkan Mursi.
Al Sisi yang dilihat 'gila kuasa' melancarkan pelbagai serangan dan
taktik kotor sehingga impiannya untuk bergelar presiden secara rasmi
tercapai pada 8 Jun lalu.
Selepas 100 hari menerajui Mesir,
negara itu dilihat masih bergolak dan tiada perubahan ketara berbanding
ketika Mursi memegang jawatan terbabit.
Aktivis dan
pengguna media sosial mula membandingkan kredibiliti kedua-dua pemimpin
itu sebagai menuntut janji ketika beliau melobi dan berkempen untuk
meraih undi ketika pilihan raya lalu.
Percaturan Mursi, Al Sisi 100 hari
Biarpun hampir setahun Mursi dipenjarakan tetapi kempen anti-Mursi
terus giat dilakukan oleh rejim Al Sisi. Setiap hari, penonton disajikan
dengan program televisyen tentang kegagalan Mursi dan kekejaman
Ikhwanul Muslimin.
Tuduhan jahat turut dilemparkan menerusi
program temu bual dengan mempersoalkan kembali segala matlamat yang
belum tercapai sepanjang beliau menyandang kerusi nombor satu negara.
Tetapi, rakyat Mesir tidak buta. Mereka juga mempersoalkan kegagalan Al Sisi sepanjang 100 hari pentadbirannya.
Al-Sisi telah menyebabkan krisis pengeksportan ke UAE terjejas teruk.
Rakyat juga mempersoalkan apakah konspirasi antara beliau dengan
Presiden AS Barack Obama dan mengapa hubungan Mesir dan Turki semakin
‘panas’ tetapi agak 'sejuk' dengan Israel.
Segala kegagalan
itu dipalitkan semula kepada Mursi dengan menyatakan pentadbiran beliau
dikawal oleh Ikhwanul selaku 'penasihat' pentadbiran.
Hakikatnya, rakyat dan pemerhati politik antarabangsa jelas mengetahui
bahawa segala kegagalan itu adalah berpunca daripada kelemahan
pentadbiran Al Sisi sendiri, di mana selama ini beliau banyak mengikut
telunjuk AS dan sekutunya.
Rakyat Mesir ditindas
Sepanjang tempoh penahanan Mursi, ratusan pro-Mursi ditahan dan
dijatuhi hukuman mati antara 10 tahun ke pejara seumur hidup dan tidak
kurang juga ditamatkan dengan hukuman mati.
Indeks jenayah dikatakan meningkat termasuk penculikan, rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan pada siang hari.
Rakyat mendakwa, kehidupan mereka kini seperti tidak bertamadun dan kembali ke era pemerintahan tentera.
“Kehidupan kami dikawal seperti dalam kepungan tentera. Kami hilang
hak bersuara dan hidup dalam pemerintahan penuh ketidakadilan.
Rejim tidak menganggap kami sebagai rakyat sebaliknya mereka membuat
kami sebagai tahanan sama seperti pemerintahan Hitler,” kata Ahmed
Rahman, 56, dari Iskandariah.
“Jika anda dihadapkan ke
mahkamah, anda hilang hak membela diri. Hakim akan terus menjatuhkan
hukuman tanpa pendakwa raya atau peguam bela.
"Jika anda bersuara hukumannya adalah mati,” jelas beliau lagi.
Satu kes lagi melibatkan seorang tahanan Ahmed Douma. beliau dituduh membunuh ketika tunjuk perasaan, Julai tahun lalu.
Antara tuduhannya adalah mengambil bahagian dalam serangan bersenjata,
merampas dana negeri, mencuri dan khianat kepada kerajaan.
Isterinya, bagaimanapun menulis surat rayuan kepada Al Sisi minta untuk
suaminya dibicarakan dengan adil namun sehingga kini, tiada jawapan
diterima.
“Suami saya tidak mencuri, membunuh atau melakukan
pengkhianatan ketika rampasan kuasa. Dia hanya rakyat biasa yang
mahukan keadilan dalam pemerintahan,” jelasnya ketika ketika ditemu
bual oleh sebuah stesen tv tempatan.
Tiga bulan pertama
Ketika Mursi, mengambil alih jawatan sebagai Presiden beliau berjanji
menangani lebih 60 isu-isu tertentu dalam tempoh tiga bulan.
Mursi mengaku sebanyak 24 daripada 57 janji telah ditunaikan namun
media tempatan melaporkan hanya sembilan daripada 60 janji itu dapat
dilaksanakan sepanjang tempoh terbabit.
Pencapaian
70 peratus - Matlamat keselamatannya tercapai.
40 peratus - Sasaran kutipan sampah selesai.
80 peratus - Kekurangan bekalan roti diatasi.
Kuasa tentera dan polis dikurangkan.
Merapatkan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan rasmi ke
Ethiopia, Sudan, Arab Saudi, China, Iran, AS, Turki, Itali dan Belgium.
Menekankan Perjanjian Camp David dengan membuat perjanjian damai sebagai aspirasi buat Palestin dan Israel.
meningkatkan kawalan di sempadan Sinai.
Peristiwa penting sepanjang Jun 2012-Julai 2013
Membentuk jawatankuasa untuk mengkaji jenayah terhadap penunjuk perasaan semasa revolusi dan tempoh peralihan.
Memecat Pegawai Kanan Tentera, Marshal Mohamed Tantawi dan menggantikannya dengan Al Sisi.
Memecat Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan Jeneral Sami Anan.
Memecat Ketua Pendakwa, Abdel Meguid Mahmoud dan melantik Tala’at Abdullah menggantikan jawatan itu.
Mengesahkan Referendum Perlembagaan baharu Mesir.
Menyaksikan 30 peratus pengeluaran gandum meningkat kepada 9.5 bilion setan.
Menjana pelaburan dari AS$23.7 bilion (RM 77 bilion) pada 2012 kepada AS$25.46 bilion (RM82.7 bilion) pada 2013.
Peningkatan jumlah pelancongan dari 8.2 juta pada 2012 kepada 9.2 juta pada 2013.
Post a Comment