Adakah anda tertanya apakah maksud simbol bercahaya yang ada pada
permukaan Dashboard papan meter kereta anda? Sekiranya terjadi situasi
dimana ada antara simbol yang menyala pada papan pemandu, adakah anda
dapat memahami tentang apakah maksud disebalik logo-simbol tersebut?
Perlu diketahui bahawa ianya la adalah penting kerana pemandu perlu
mengetahui apakah yang berlaku pada kenderaan anda, terutamanya yang
membabitkan enjin. Dan juga ianya boleh mengurangkan risiko kenderaan
anda terpaksa berhenti di persimpangan jalan akibat daripada kerosakkan.
Berikut adalah beberapa isyarat – Car Signal pada kenderaan secara basic
(Terdapat pada semua kereta.) untuk anda yang masih lagi tidak memahami
apakah maksud disebalik logo, dan apakah kaitannya dengan kenderaan
anda
Lampu amaran brek tangan
Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan
handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang
jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada
sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid )
Lampu amaran suhu enjin
Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu
temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter
naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator
anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah
pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan
kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas
berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air
dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran
Lampu periksa cecair penyejuk
Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada
dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan
bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah
sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan
kenderaan.
Lampu amaran aras minyak enjin
Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu
dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda
kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang
baru sebelum meneruskan perjalanan
Lampu amaran sistem bateri kenderaan
Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus
bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan,
ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah
Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin
anda.
Beg udara SRS
Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off
sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala,
kemungkinan ianya mengesan kerosakkan dan perlu di ganti sekiranya
perlu.m TPMS secara manual.
Lampu amaran minyak brek
Ianya bermaksud bahawa cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang
rendah, periksa tahap cecair kerana ianya akan berkekurangan apabila
brakepads habis. Sekiranya simbol ini bernyala bermakna ianya menandakan
masalah kekurangan cecair sudahpun berlaku, sila rujuk pada bengkel
kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
Amaran periksa enjin
Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai
faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang
memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di
sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda
mengalami masalah.
Amaran lampu tinggi
Sinar terang umpama berlian berkilau ini adalah simbol untuk lampu
tinggi, ianya akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi, apa
yang penting anda perlu tahu bila untuk gunakannya. Biar kena pada
tempat.
Amaran lampu kabus
Simbol tersebut bermaksud lampu kebus di hadapan dan juga di belakang,
ianya amat berguna khususnya di dalam persekitaran pemanduan yang
berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas, cahayanya
yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari
kehadiran anda, dan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh
berlaku
Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan
Ianya bermaksud TCS anda berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif.
TCS bermaksud Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar
anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada
permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin
terutamanya ketika hujan lebat, amatlah tidak di galakkan untuk sistem
TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang
basah atau licin
Post a Comment