Headlines News :
Home » » Hentikanlah fitnah dalam jemaah

Hentikanlah fitnah dalam jemaah

Written By Unknown on Monday, 9 March 2015 | 15:21

Sejak beberapa bulan lalu, menjelang pemilihan kepimpinan parti dalam beberapa bulan lagi, jemaah
Parti Islam Se-Malaysia, PAS, dilanda fitnah yang hebat akibat keghairahan sesetengah pihak dalam parti ini untuk memburukburukkan satu pihak yang lain.

Dengan tanpa rasa tanggungjawab dan tidak memikirkan salah dan benar, banyak persepsi salah dan menyeleweng cuba disebarkan terhadap pimpinan tertentu, dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti dan membunuh karakter.

Beberapa tahun lalu, disebarkan fitnah yang sesetengah pemimpin cenderung untuk bekerjasama dengan Umno dalam satu agenda politik bersama, dan dilabel sebagai “kumpulan UG,” singkatan kepada unity government atau kerajaan perpaduan.

Label UG ini ialah fitnah labelmelabel pertama yang tersebar dalam PAS, yang bertujuan jahat memburuk-burukkan satu kelompok dalam parti, sedangkan hakikat sebenarnya jauh sekali daripada apa yang digambarkan.

Akhirnya, fitnah-memfitnah ini menjadi semakin parah dan terbina satu garisan besar yang memisahkan kumpulan-kumpulan ini. Semua kelemahan dan kekhilafan dikaitkan terus dengan “agenda UG.”

Pada masa yang sama, kelemah an dan kesilapan diperbesar- besarkan demi mencapai matlamat menjatuhkan pesaing dalam jemaah sendiri, sehingga musuh politik di luar hampir tidak perlu berbuat apa-apa kerana musuh di dalam bekerja lebih keras lagi.

Pada masa yang sama, mereka yang menyebarkan fitnah menyeru kepada ukhuwah diperkukuhkan, “label-melabel” dihentikan, dan melakukan “tabayun” terhadap berita-berita yang diterima.

Sewajarnya, sekiranya semua yang terlibat ikhlas dalamapa yang diperkatakan, segala fitnah yang telah dimulakan perlu diusahakan agar dihentikan dan dihapuskan, dan kembali kepada adab dan akhlak Islam yang mereka sendiri laung-laungkan.

Janganlah berselindung di balik kata-kata dan kalimah agama, sedangkan pada masa yang sama terus-menerus dalam politik kotor untuk menjatuhkan pihak lain secara tidak adil.

Merenungi perkara ini, wajar diperhatikan kata-kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, AJK PAS Pusat: “Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah.’ Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.

“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.”

“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah’ dengan kembali mentaati Allah, al-Rasul dan “ulil amri minkum.” Sunnah al-khulafa al-Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman.”

Semoga jemaah ini dipelihara oleh Allah SWT, dan kita semua dipandu ke jalan yang benar dan diredai oleh-Nya, dan tidak mening gal warisan yang akan membawa bencana dan penyesalan di akhirat kelak.
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat