Oleh AINI RASYIQAH MOHAMAD ARIP
BANJIR yang didakwa sebagai terburuk dalam sejarah negara, kini menyebabkan lebih 100,000 orang terpaksa tinggal di kawasan penempatan sementara di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.
Sebagai orang Islam, kita diseru mencari hikmah daripada apa yang
berlaku. Walaupun ia bencana biasa pada musim tengkujuh, sebagai umat
Islam, penghayatan diri adalah elemen penting dalam menghadapi bencana
alam ini.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu difikirkan
dalam kita menghadapi apa jua bentuk cabaran. Jika kita sedih dengan
ujian banjir yang melanda, bermakna ada hikmah lain yang Allah hendak
tunjukkan untuk kita merenung kembali hal-hal yang mungkin
mengakibatkan kemurkaan Allah. Fikiran yang positif adalah kunci
ketenangan.
Walau dalam keadaan sukar sekalipun, tidak semua orang merasai kesusahan menghadapi banjir.
Itulah hikmah kelainan yang Allah beri tanda kasihnya kepada kita.
Ada sebuah kisah yang mana Rasulullah s.a.w. pernah berjalan menghampiri seorang wanita yang menangisi kematian anaknya.
Baginda berkata kepada wanita itu, “Takutlah kepada Allah dan
bersabarlah. Lalu wanita itu berkata, “Engkau tidak merasakan apa yang
aku alami.” Ketika Rasulullah berlalu pergi dari situ, seorang sahabat
telah berkata kepada wanita tersebut, “orang yang menasihati kamu tadi
ialah Rasulullah. Lantas dia terkejut lalu segera pergi ke rumah baginda
dan berdiri di pintu rumahnya. Wanita itu berkata,“wahai Rasulullah,
tadi aku tidak mengenalmu, sekarang aku sabar. Lalu Rasulullah bersabda
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “ Sabar itu di awal
musibah.”
Tidak mudah untuk mendapatkan hikmah daripada
segala kesusahan kerana ganjaran pahala Allah adalah sesuatu yang
istimewa. Kesabaran yang tinggi dan di awal waktu itulah pintu segala
nikmat kesusahan.
Hikmah lain di sebalik musibah adalah
penghapus dosa. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sungguh pahala
yang besar itu bersama dengannya ujian yang besar. Wajar sahaja kita
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan didiklah hati ini supaya
mudah terima segala ujian dan dugaan. Apabila Allah menyintai seorang
mahkluk-Nya, Dia memberikan ujian kepadanya, barangsiapa yang reda,
maka Allah reda kepadanya, dan barang siapa yang murka, maka Allah
murka padanya.” (Hadis riwayat al-Tarmizi)
Jika direnung,
ujian itu tidaklah berat daripada apa yang menimpa umat Islam dahulu,
contoh seperti Sumayyah seorang srikandi Islam yang ditusuk kemaluannya
oleh Abu Jahal adalah kisah yang sangat sedih untuk diteladani.
Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.” Rriwayat Muslim)
>> Penulis adalah siswi Universiti Sains Islam Malaysia
Menyelami hikmah di sebalik banjir
Written By Editor Bebas on Monday, 12 January 2015 | 15:14
Labels:
Artikel
Post a Comment