Puas juga aku merenung dan mencongak tentang nasib malang yang menimpa negara ku yang t
ercinta ini. Lepas satu malapetaka kesuatu malapetaka lain. Kisah kapalterbang hilang dan ditembak jatuh sudah cukup untuk membuatkan kita merasa hiba sehinggakan mahu rasanya kita ‘menyalahkan’ Tuhan yang menyebabkan nasib kita jadi begini.
Dan dalam keadaan yang belum reda meratapi kehilangan pesawat, datang pula banjir yang mengikut kata orang tua-tua, merupakan banjir yang terbesar yang belum pernah berlaku lagi di Pantai Timur khususnya di Kelantan. Dan dalam suasana banjir yang memilukan itu, terhempas pula lagi satu kapalterbang yang ada juga kaitannya dengan negara kita.
Rakyat merenung jauh mengenangkan nasib malang yang menimpa. Apakah para pemimpin juga turut meratapi nasib malang yang menimpa ini atau sekadar mengalirkan ‘air mata buaya’ di hadapan kamera TV.
Ditinjau dari sudut budaya dan adat mana pun dalam dunia ini sesuatu
perkara yang terjadi itu tentulah berpunca dari sesuatu keadaan. Dan
jikalau ditinjau dari sudut sejarah Melayu, sesuatu keadaan malapetaka
akan muncul sekiranya berlaku satu tindakan zalim oleh pemerintah
terhadap rakyatnya. Dan tidak pula aku mahu menuding jari mengatakan
yang pemerintah di Malaysia berlaku zalim terhadap rakyatnya yang
menyebabkan terjadi dan berlakunya malapetaka seburuk ini. Hanya sekadar
mahu merenung apakah ada juga kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah
sehinggakan kita menghadapi dugaan seteruk ini.
Ada serangkap pantun Melayu yang amat popular.
Telur itik dari Senggora,
Daun pandan dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terlantar di Langkawi
Ada kisah disebalik pantun ini. Ceritanya berkisar tentang pembunuhan
seorang alim dari Pasai yang bernama Tun Jana Khatib. Puncanya ialah
disebabkan cemburu buta raja Singapura pada ketika itu ia itu Paduka
Seri Maharaja. Tun Jana Khatib telah dituduh cuba menunjukkan
kesaktiannya (kepintaran ilmunya) di hadapan permaisuri Raja (isteri
Paduka Seri Maharaja) ia itu dengan cara menilik sebatang pinang
berhampiran istana sehingga terbelah. Atas asas itu saja maka beliau
telah diperintah bunuh oleh Paduka Seri Maharaja. Kependekan ceritanya,
setelah dibunuh hanya darahnya sahaja yang kelihatan ditempat pembunuhan
sedangkan mayatnya terlantar di Langkawi.
Itulah kaitannya peristiwa ini dengan serangkap pantun di atas.
Tidak lama selepas berlaku peristiwa pembunuhan zalim Tun Jana Khatib
itu berlaku pula satu malapetaka yang tidak diduga oleh rakyat Singapura
pada ketika itu. Beribu-ribu ikan todak menyerang Singapura dari laut.
Rakyat pada ketika itu mengaitkan peristiwa serangan todak ini dengan
tindakan zalim pemerintah Singapura terhadap Tun Jana Khatib yang tidak
berdosa. Itu merupakan balasan kepada rakyat ekoran daripada tindakan
zalim pemimpin pada ketika itu membunuh rakyat yang tidak bersalah.
Selanjutnya ramai rakyat yang mati terkena tikaman todak dan pemerintah
Singapura telah mengarahkan agar rakyat Singapura menggunakan betis
untuk mempertahankan tikaman todak berkenaan sehinggalah muncul seorang
kanak-kanak bernama Hang Nadim yang mencadangkan digunakan batang pisang
untuk mempertahankan serangan todak berkenaan. Bukan betis. Jasa dan
pandangan Hang Nadim bukan dibalas dengan ucapan terima kasih dari
pemerintah, malah telah dihukum bunuh oleh pemerintah, kerana pada
anggapannya besar kemungkinannya kanak-kanak yang pintar begini pada
suatu ketika ini akan menentang pemerintah dengan kecerdikannya.
Kesan daripada kezaliman membunuh Hang Nadim itulah rakyat Singapura
menyimpulkan peristiwa itu dengan kedatangan Satnford Raffles dan
tentera Inggeris yang terus menawan Singapura daripada Kesultanan Johor.
Sehingga kini Singapura terlepas daripada cengkaman Kesultanan Johor.
Terdapat banyak lagi kisah-kisah dalam sejarah Melayu yang menunjukkan
tentang kezaliman dan kegiatan fitnah memfitanh yang berakhir dengan
pembunuhan zalim. Kisah Mahsuri di Langkawi yang dihukum bunuh
disebabkan dendam kesumat yang tidak kehabisan dikalangan pembesar pada
ketika itu telah melahirkan ‘sumpah mahsuri’.
Walaupun sukar untuk dipercayai cerita dan kisah begini, namun kisah
ini telah diturun temurunkan dari satu generasi ke generasi orang
Melayu. Walaupun cuba ditepis dan ditangkis kebenaran kisahnya, namun
pengajaran yang disampaikannya perlu diikuti oleh generasi kini. Dan
kita tidak harus pula menolak mentah-mentah tentang kisah yang
dipaparkan. Mungkin betul. Dan mungkin tidak betul. Dan mungkin juga
kisah yang betul tetapi telah diubahsuai agar cerita-cerita asalnya
lebih menarik. Mungkin.
Namun begitu yang penting bukannya kisahnya tetapi pengajaran yang
disampaikannya agar membolehkan kita kini bermenung memikirkan sesuatu
perkara.
Para pemimpin negara tentu boleh merenungkan dan memikirkan apakah
terdapat kesilapan yang dilakukan dalam mentadbirkan negara ini
sehinggakan berlaku keadaan malapetaka yang tidak pernah lagi berlaku
sebelum ini di negara kita yang tercinta ini. Tidak perlu sesiapa untuk
menunjukkan kesilapan itu kepada kita. Kesedaran itu pasti datang
sendiri dan tentunya berusaha untuk memperbetulkan agar tidak berulang
lagi.
Post a Comment