Pada bulan Oktober, sebuah peranti bernama Anonabox tiba di laman ‘crowdfunding’ Kickstarter, mahu mengumpulkan AS$7,500 (RM24,985) untuk membiayai pembuatan dan pengedarannya. Dalam masa lima hari, ia berjaya mengumpul sehingga AS$585,000 (RM1.5 juta).
Bagaimanakah
ia mendapat begitu banyak perhatian dengan begitu cepat? Anonabox
adalah sebuah penghala kecil bernilai AS$45 (RM149.88) yang akan
menghalakan semua lalu lintas atas talian pengguna ke dalam sistem yang
memantulkan kehadiran mereka atas talian kepada pelbagai pelayan, hampir
menjadikan ia hampir mustahil untuk dikesan. Secara ringkas, ia
membolehkan pengguna untuk melayari internet secara tidak dikenali.
Walaupun projek itu
akhirnya dikeluarkan dari Kickstarter (disebabkan perbezaan perkakasan
serta beberapa isu-isu keselamatan), sokongan cepat dan besar-besaran
terhadap Anonabox ini hanya menunjukkan bahawa permintaan untuk
ketanpanamaan di atas talian (dan juga privasi atas talian) adalah
tinggi. Subjek itu sendiri mendapat lebih banyak tumpuan sepanjang tahun
lalu, berikutan pendedahan pemberi maklumat, Edward Snowden mengenai
Agensi Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (NSA) dan aktiviti
pengintipan yang dilakukannya.
Ini membawa kita
kepada soalan pentingnya: bolehkah kita benar-benar mempunyai
ketanpanamaan semasa berada di atas talian? Hollywood mahu kita percaya
bahawa hanya tindakan menggunakan alamat e-mel palsu dari kafe siber
boleh membawa masalah kepada kita. Namun sebenarnya, kita meninggalkan
kesan-kesan melalui cara yang kita tidak dapat lihat. Menggunakan status
"incognito" pada pelayar web anda sahaja tidak cukup.
Perjuangan bagi
ketanpanamaan atas talian dihalang oleh hakikat bahawa, atas sebab-sebab
yang baik dan juga buruk, Internet sentiasa cuba untuk mengetahui siapa
penggunanya.
Dahulunya, pendaftaran
alamat e-mel hanya memerlukan beberapa butir-butir yang dengan mudah
boleh dipalsukan. Hari ini, pendaftaran akaun Hotmail memerlukan anda
untuk menyediakan nombor telefon sah yang aktif.
Tambahan pula,
perkhidmatan-perkhidmatan seperti YouTube meminta anda log masuk dengan
sebuah akaun yang mempunyai hubungan dengan e-mel anda, untuk mendapat
pengalaman yang terbaik.
Ini termasuklah
butiran-butiran yang anda mungkin beri secara sukarela. Apa yang mungkin
tidak diketahui pengguna-pengguna adalah maklumat aktiviti-aktiviti
atas talian mereka dirakamkan melalui beberapa cara yang berbeza.
Sejarah pelayaran dan ‘cookies’ adalah sebahagian daripadanya (ia boleh
dimatikan, nasib baik), tetapi satu perkara yang cenderung diabaikan
ramai orang adalah alamat IP.
Alamat IP menjejak akses internet
setiap pengguna, dan rekodnya disimpan pembekal-pembekal perkhidmatan
internet bagi mengetahui pemilik IP itu, dan seterusnya menjejak
pelanggan-pelanggan itu. Alamat IP anda dihantar setiap kali anda
mengakses laman web. Walaupun laman web itu mungkin tidak mengetahui
siapa yang mengunjunginya, ia mempunyai rekod semua IP. Memandangkan
saiz fail log yang kecil, alamat IP boleh disimpan selama
bertahun-tahun.
Terdapat sebab-sebab yang baik supaya ketanpanamaan atas talian
dihadkan, dan ini kebiasaannya berkaitan dengan jenayah siber. Hakikat
yang kumpulan ‘hacking’ paling prolifik di dunia, Anonymous menggunakan
nama tersebut adalah satu sebabnya, kerana ia hanya menyukarkan pihak
berkuasa untuk menganiaya penjenayah siber. Pada skala yang lebih kecil,
ketanpanamaan atas talian membolehkan pengguna-pengguna menyebabkan kerosakan dalam cara yang lain – salah satunya pembuli-siber.
Ini merupakan petikan sebuah
rencana yang pertama kali diterbitkan dalam Focusweek isu 6 Disember
2014. Untuk cerita sepenuhnya, sila layari www.focusweek.my.
Post a Comment