SYDNEY – Penerbangan hilang, MH370 besar kemungkinan akan dijumpai dan
dipercayai berada dalam keadaan baik di dasar laut dalam zon pencarian
yang kini digeledah walaupun telah tenggelam sejak 10 bulan lalu, kata
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Tiga buah kapal kini
memeriksa kedalaman Lautan Hindi di barat Australia di mana pesawat
milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang dipercayai
terhempas manakala sebuah kapal lagi dalam perjalanan ke lokasi
tersebut.
Kebanyakan penumpang penerbangan berkenaan terdiri
daripada rakyat China. Pesawat itu hilang ketika terbang dari Kuala
Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Kehilangan
MH370mencetuskan misteri apabila isyarat denyutan elektronik atau ‘ping‘
menunjukkan pesawat itu terbang ke koridor selatan. Namun, sehingga
kini, masih tiada tanda lokasi MH370 di sebalik operasi pencarian
besar-besaran di laut dan udara.
Setakat ini, satu perempat
daripada kawasan pencarian utama di dasar laut seluas 60,000 kilometer
persegi telah diperiksa dengan zon lebih luas sekitar 208,000 kilometer
persegi turut dipetakan.
“Pengiraan menggunakan satelit
memberikan kawasan tersebut yang diputuskan sebagai zon tumpuan utama,”
kata ketua pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan.
ATSB kini mengetuai operasi mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
“Dalam kawasan seluas 60,000km persegi ini, terdapat kemungkinan besar
kami akan menemui pesawat MH370. Kami perlu memeriksa kawasan ini dengan
teliti sehingga kami menemui kapal terbang itu,” tambahnya.
Operasi mencari di kawasan keutamaan itu bermula awal Oktober tahun lalu
dan akan dipercepatkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang
memandangkan cuaca yangsemakin baik. Pencarian tersebut dijangka selesai
pada Mei depan. – AFP
Post a Comment